01 January, 2012
Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum... 
Selamat menyambut tahun baru 2012. Mudah2an dengan bertambah usia kita makin mendekatkan hati dan diri kepada Ilahi. Hari ini saya cuba membuat kek Victoria Sandwich yang resepinya saya ambil dari dapurcomelku. Minta izin k.zai untuk menyalin semula resepinya yang mana menurut k. zai diambil dari tokey kek KG@Yani. Macam-macam resepi yang ada di dapurcomelku, rasa semua nak cuba. Selain dari dapur k.zai ni saya suka juga menjengah dapur masam manis dan citarasawan. Minta halal ya k.zai, Azlita dan K1, sekiranya saya ada menggunakan resepi untuk masakan saya tapi tidak ditunjukkan di blog ini. 

Resepi Voctoria Sandwich Cake
250g Butter
250g sugar
220g tepong kek*
50g tepong jagung*
Garam*
5 biji telor saiz besar
2 sudu besar golden syrup
2 sdt vanila 
Jem Strawberry

Cara: 
1. Bahan bertanda * ayak 3 kali.
2. Pukul butter, gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu. Masuk telur satu-satu sambil putar perlahan. Masuk vanila. Gaul rata. Masuk tepong, kaup balik hingga rata.
3. Adunan bahagi 2. Guna 2 loyang 8". Oven 150c . Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
4. Sapu kek dengan jem. Tindih kek lagi satu di atasnya. Buat macam sandwich. (Saya letak coklat).

1 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

Post a Comment