29 January, 2012

Assalamualaikum....
Doa mustajab atau terhijab?
Berdoalah....Allah itu Maha Mendengar
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita  sembunyikan. 
Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisiNya. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t.  Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.
Dan Allah berfirman yang bermaksud:"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesunguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina." (Surah Ghafir 40:60). (Isu -Pahrol Mohamad Juoi- Solusi isu no.22).

0 comments:

Post a Comment