12 January, 2012
Assalamualaikum...
"Cinta Allah kepada manusia"
Mengapa kita perlu cintakan Allah? Jawapan mudahnya adalah kerana Allah yang paling mencintai kita. Allah mencintai kita lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan mencintai kita. Sesiapa sahaja yang mencintai kita itu hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jua yang menitipkan rasa cinta itu ke dalam dirinya untuk mencintai kita. Tegasnya, segala rasa cinta yang diluahkan oleh manusia untuk mencintai manusia  lain adalah bersumberkan cinta kepada Allah.
Sahl bin Abdullah berkata, "Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran. Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi s.a.w. Tanda cintakan Nabi s..a.w. adalah cintakan sunah Baginda. Tanda cintakan sunah Rasul adalah cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah menbenci dunia. Dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."
Doa mohon cinta Allah: Daripada Abu al-Darda' r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Antara doa Nabi Daud ialah: Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kasih sayangmu, dan kasih orang yang mencintai-Mu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatku kepada cinta-Mu. Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikan kasih-Mu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air sejuk." (Riwayat al-Tirmizi no. 3490. Hadis ini hasan).
(Isu-Pahrol Mohamad Juoi- Solusi isu no.23)

0 comments:

Post a Comment