26 December, 2011
Mini Pavlova
Buah ada 2 jenis aja. Kalau nak tambah oren, anggur dan lebih menggiurkan kalau letak buah markisa biar dia meleleh kat tepi-tepi tu. Pavlova ni manis, jadi kena guna buah2an yang masam. 
25 December, 2011

Kek coklat
Muffin Chocolate Chip

24 December, 2011
Assalamualaikum...
Wahai Tuhan, Ku Tak Layak ke Syurga Firdausmu,
Dan aku juga tidak mampu menghadapi azab neraka,
Maka kurniakan kepadaku taubat dan ampunilah dosa-dosaku,
Maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar

Sikap bermain-main dengan dosa dan menganggapnya remeh atas alasan Allah Maha Pengampun adalah tidak wajar. Sikap suka bertangguh untuk bertaubat juga tidak baik. Taubat yang ditangguhkan menjadikan dosa tidak diampunkan sedangkan dosa semakin banyak dan bertimbun. Sikap melakukan dosa-dosa kecil dengan alasan ia dosa kecil juga tidak wajar. Sesungguhnya "istiqamah" dan berkekalan dalam dosa kecil akan merubah sifatnya menjadi dosa besar.
Satu ungkapan menyatakan: "Tiada dosa kecil jika ia dilakukan secara berterusan, dan tiada dosa besar jika diiringi dengan istighfar".
Sesungguhnya, peluang untuk terus mendapat keampunan Allah terbuka luas selagi nyawa dikandung badan. Ambillah peluang untuk menyegerakan taubat kerana kita tidak pasti tarikh kematian kita. Jangan sombong dan takabbur dengan Allah. Sebagai hamba, menjadi kewajipan kita untuk merendah diri dan tawaduk.
(Tauhid -Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir -Solusi isu no.38)
14 December, 2011
Assalamualaikum....
Bila doktor pun sakit...
Memerangi kemungkaran dan dosa umpama ingin mengubat penyakit. Selain kita perlu tahu punca penyakit, ada ubat yang mujarab, kita juga mesti mempunyai pakar atau doktor yang arif.
Sinis sekali, ketika para ustaz sibuk berbincang mengenai perbezaan khilafiah mengenai solat, ribuan umat islam lain sewenang-wenangnya meninggalkan solat. Tidak ada gunanya memakan penawar, jika kita sertai dengan memakan racun. Tidak ada gunanya kita berubat, jika kita melanggar pantangnya. 
Punca sebenarnya manusia melakukan kejahatan ialah bila tipis keimannya kepada Allah. (Kritis-Abu Asif-Solusi isu no. 5)
Double Chocolate Cheese Cake 8".
Dalam ada coklat dan luar dibaluti dengan coklat juga. Sedapnya....
13 December, 2011

Assalamualaikum...

Pernah dengar atau nampak tak barangan di atas. " 4Life Transfer Factor ". Saya pun baru tahu bila selalu mengunjungi blok Puan Fauziah Samad. Siapa dia? Bekas wartawan dan pernah berlakon juga dulu. Lebih dikenali dengan panggilan Kak Jee. Kalau nak tahu lebih lanjut dengan produk di atas bolehlah layari blog dapurkakjee.blogspot.com
4Life Transfer Factor bukan ubat. Ia hanya booster untuk meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit. Saya dah makan lebih 2 minggu dan sekarang dalam proses penyembuhan. InsyAllah. Tekak saya macam ada lendir yang melekat dan itu membuatkan saya berdehem untuk mengeluarkan lendir tersebut. Selalunya saya gagal mengeluarkan lendir itu. Bila selalu dengan keadaan begitu tentulah rasa tak selesa terutama semasa sembahyang dan mengaji. Masa mula-mula tak rasa sangat tapi bila dah makan tahun ia menjadi satu gangguan dan tak selesa.
 Setiap kali lendir tu melekat dan saya cuba untuk mengeluarkannya, tekak saya menjadi sakit dan kadangkala membengkak macam tonsil. Pergi kelinik Dr. beri ubat antibiotik tapi lendir tetap ada juga. Bila saya terbaca  tentang 4Life ni saya terus menghubungi Kak Jee untuk dapatkan nasihat dan pandangan. Saya berdoa pada Allah s.w.t. agar penyakit saya ini dapat diubati. Kita berusaha dan berserah kepadaNya kerana hanya Allah yang Maha Berkuasa di atas segalanya.
Sekarang saya dah jadi ahli 4Life. Sesiapa yang berhajat hendak mencuba produk ini boleh menghubungi saya ditalian 019-7741234. Boleh juga terus pergi ke pejabat 4Life di Menara Pelangi (nanti saya letak alamat di bawah) atau mana-mana pejabat 4Life guna nama saya dan boleh beli dengan harga ahli. Caranya pergi ke pejabat 4 Life, isi borang tulis nama saya dan no. ID saya atau nak saya belikan pun boleh. 

Zainon Bt. Abdullah  No. ID 7385230
Pejabat 4Life : Unit 13.05, Level 13A, Menara Pelangi, 80400 Johor Bahru.
No. tel: 07 3327351

09 December, 2011

Sentiasalah Bertaubat dan Beristighfar.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku bersama hambaKu selagimana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)."
Assalamualaikum......

Gerhana bulan penuh berlaku pada 10hb. disember, 2011, 14 muharam 1433 Hijrah. Gerhana bermula jam 8.48malam, kemuncak gerhana jam 10.31 malam dan bulan terang semula jam 12.16 pagi 11hb. disember,2011. Gerhana ini adalah ulangan yang berlaku pada tahun 1957.

Apa yang patut dilakukan semasa gerhana bulan atau matahari?
1. Solat sunat Gerhana bulan atau matahari hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan.
2. Solat ini boleh dikerjakan secara perseorangan atau lebih afdhal berjamaah dimasjid untuk mendengar khutbah. .
3. Terdapat 3 kaedah mengerjakan solat ini:
    i) Sekurang-kurangnya solat dua rakaat seperti sunat Zuhur sahaja.
   ii) Solat yang sempurna ialah solat dua rakaat, tiap-tiap rakaat mengandungi dua kali rukuk dan dua kali qiam(berdiri) dan membaca surah-surah pendek.
   iii) Solat yang paling sempurna sama dengan di atas serta dengan bacaan surah yang panjang seperti surah Al-Baqarah, Ali Imran dan Al-Maidah.
(Rujukan buku Panduan Beramal Ibadah daripada Hj Johari Hj Alias- Darul Nu'man)
   
Selepas solat beristighfar lah banyak-banyak dan berdoa agar kehidupan kita dan rezeki kita tidak gerhana seperti gerhana bulan.InsyaAllah. WALLAHUA'LAM.
07 December, 2011

Assalamualaikum....

Bahana Hasad.....Apa itu hasad?
Menurut Imam al-Mutawalli al-Sya'rawi, hasad itu adalah "mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang didengki melalui ucapan atau perbuatan".
Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya hati daripada orang yang dihasad. Ia umpama api yang membakar. Sebelum dia membakar orang lain, orang yang hasad akan membakar dirinya terlebih dahulu. (Pahrol Mohamad Juoi-Solusi isu no. 32).
Assalamualaikum....

"Ya Allah, ampunkanlah dosa yang sedang aku lakukan, yang telah aku lakukan dan yang akan aku lakukan."
Kita manusia bukan maksum, masih melakukan dosa dan berdosa.
Pengampunan  Allah s.w.t. itu terlalu berharga. Gapailah walau setinggi mana ia berada. Jangan biarkan diri kita terus jatuh sedikit demi sedikit sehingga tiada ruang lagi menemukan cahaya taubat. Apabila hati menjadi terlalu keras, kita akan berada dalam kesesatan dan kekal abadi sebegitu dan ketika itulah kita dapat melihat diri kita, bersendirian, tiada yang peduli. Nauzubillah. (Islah-Khadijah Khalilah Abdul Rashid-Solusi isu no. 35).
01 December, 2011

Kek Snowy Peach 9"
16 November, 2011
"Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar diluaskan rezeki dan diberi keberkatan atas rezeki tersebut. Allah sentiasa mendengar rintihan daripada hambanya yang meminta dengan bersungguh-sungguh.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Doa itu senjata bagi orang Mukmin." (Riwayat Ibn Dunya, al-Hakim dan lain-lain). 
Melaksanakan kerja yang berkat dalam kerjaya dan urusan seharian akan membentuk keluarga yang sihat, masyarakat yang harmoni dan negara yang terletak bawah keampunan Allah s.w.t. (Potensi- Dato' Haji Muhammad Zakaria-Solusi isu no. 35).



Kek lapis - Terima kasih kepada yang menempahnya.
14 November, 2011

Pavlova



Kek Kukus Buah

Kek American Coklat


Kek pandan kelapa 8x8 
10 November, 2011
Kek lapis masam manis - order

kek lapis blueberry

kek lapis ceri


Assalamualaikum.... Selamat berbahagia dihari jumaat ini. Muga kita sama-sama dilimpahi keberkatan. Amin.

Allah s.w.t. berfirman : Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya (satu persatu). Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Surah Ibrahim 14:34).

Bahkan untuk melafazkan rasa syukur, manusia yang lemah ini menerima kalimah daripada Nya jua. Oleh itu bersyukurlah kerana dikurniakan rasa hina di hadapannya yang Maha Sempurna. (Mutiara Tasawuf-Rashidy Jamil Al-Rashid-Solusi Isu no. 33).
09 November, 2011

Salam semua. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya suka mengambil
kata-kata dari tulisan buku solusi. Ini caranya untuk saya sentiasa muhasabah diri
kerana banyak ilmu yang boleh diperolehi untuk menjadikan kita seorang insan
yang sentiasa dekat dengan Allah subhanahuwataala. Yang kedua untuk panduan dan peringatan kepada anak-anak saya dan insan-insan lain diluar sana untuk menuju ke arah kebaikan. Saya meminta keizinan kepada semua warga majalah solusi dengan mengambil mutiara kata yang berguna dan berfaedah untuk tatapan dan panduan untuk kebaikan sesama manusia. Cubalah baca buku ini
mudah2an kita mendapat keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Untuk renungan dan muhasabah diri:
"Orang yang melakukan dosa akan resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah,
bukan sahaja kepada Allah tetapi kepada diri sendiri".
(Solusi isu no. 35 - Hidup tanpa maksiat).





Assalamualaikum
Hanya untuk renungan bersama:
Amalkan memberi salam sebelum masuk ke rumah. Ini boleh menjauhkan syaitan dari rumah kita
kerana syaitan tidak dapat memasuki rumah apabila kita memberi salam terlebih dahulu.
(Solusi isu no. 36)

Yang ini tak jual....hee...hee.
Anak kesayangan kami sekeluarga..kawaii yang nakal suka menggigit.
07 November, 2011
Swiss roll

Kek marble 8" 
Benji roll

Ni kek yang baru belajar dari mamatiera. Terima kasih azie.

Kek lapis coklat, prune, asam manis
Kek Lapis Blueberry, prune, asam manis, ceri 7x7 = RM45.00
Kek Lapis Coklat Cadbury 7x7 = RM50.00
06 November, 2011
Kek Chocolate Mascarpone 9" 
Bahan mascarpone & cream cheese, coklat ganache, fresh cream
Japanese Cotton Cheese Cake 8"
Snowy peach custard Cream 9" 
Kek chocolate Indulgence 9"
Kek Carrot 10x10 dgn topping cream cheese

Kek-kek yang sedap... yummy. Nak order silakan. 


Kek rainbow + Buttercream 9"
Kek red velvet - Cream cheese topping 8"
Opera Kek 7x7 
Kek royal caramel - Hazelnut kek 8" 
Kek Russian Black & White9".