09 December, 2011
Assalamualaikum......

Gerhana bulan penuh berlaku pada 10hb. disember, 2011, 14 muharam 1433 Hijrah. Gerhana bermula jam 8.48malam, kemuncak gerhana jam 10.31 malam dan bulan terang semula jam 12.16 pagi 11hb. disember,2011. Gerhana ini adalah ulangan yang berlaku pada tahun 1957.

Apa yang patut dilakukan semasa gerhana bulan atau matahari?
1. Solat sunat Gerhana bulan atau matahari hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan.
2. Solat ini boleh dikerjakan secara perseorangan atau lebih afdhal berjamaah dimasjid untuk mendengar khutbah. .
3. Terdapat 3 kaedah mengerjakan solat ini:
    i) Sekurang-kurangnya solat dua rakaat seperti sunat Zuhur sahaja.
   ii) Solat yang sempurna ialah solat dua rakaat, tiap-tiap rakaat mengandungi dua kali rukuk dan dua kali qiam(berdiri) dan membaca surah-surah pendek.
   iii) Solat yang paling sempurna sama dengan di atas serta dengan bacaan surah yang panjang seperti surah Al-Baqarah, Ali Imran dan Al-Maidah.
(Rujukan buku Panduan Beramal Ibadah daripada Hj Johari Hj Alias- Darul Nu'man)
   
Selepas solat beristighfar lah banyak-banyak dan berdoa agar kehidupan kita dan rezeki kita tidak gerhana seperti gerhana bulan.InsyaAllah. WALLAHUA'LAM.

0 comments:

Post a Comment