24 December, 2011
Assalamualaikum...
Wahai Tuhan, Ku Tak Layak ke Syurga Firdausmu,
Dan aku juga tidak mampu menghadapi azab neraka,
Maka kurniakan kepadaku taubat dan ampunilah dosa-dosaku,
Maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar

Sikap bermain-main dengan dosa dan menganggapnya remeh atas alasan Allah Maha Pengampun adalah tidak wajar. Sikap suka bertangguh untuk bertaubat juga tidak baik. Taubat yang ditangguhkan menjadikan dosa tidak diampunkan sedangkan dosa semakin banyak dan bertimbun. Sikap melakukan dosa-dosa kecil dengan alasan ia dosa kecil juga tidak wajar. Sesungguhnya "istiqamah" dan berkekalan dalam dosa kecil akan merubah sifatnya menjadi dosa besar.
Satu ungkapan menyatakan: "Tiada dosa kecil jika ia dilakukan secara berterusan, dan tiada dosa besar jika diiringi dengan istighfar".
Sesungguhnya, peluang untuk terus mendapat keampunan Allah terbuka luas selagi nyawa dikandung badan. Ambillah peluang untuk menyegerakan taubat kerana kita tidak pasti tarikh kematian kita. Jangan sombong dan takabbur dengan Allah. Sebagai hamba, menjadi kewajipan kita untuk merendah diri dan tawaduk.
(Tauhid -Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir -Solusi isu no.38)

0 comments:

Post a Comment