28 January, 2012
Assalamualaikum....
Mengucup tangan ketika bersalaman...
Alhamdullillah, perlakuan mencium tangan ketika bersalaman sejajar dan bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w. yang mulia. Amat wajar untuk orang muda mempraktikkan amalan tersebut terhadap orang dewasa dan begitu juga, amat dituntut seorang anak mencium tangan ibu bapa sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.  Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Apabila Sayidatina Fatimah r.h.a. mendapati Nabi s.a.w. masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan Baginda s.a.w. dan terus menciumnya." (Riwayat Abu Daud no. 5217).
Ibu bapa juga dianjurkan mencium anak dan juga tangan mereka. Sayidatina Fatimah r.h.a. apabila masuk bertemu Rasulullah s.a.w., Baginda s.a.w. terus berdiri dan mengambil tangan puterinya, lantas menciumnya serta duduk bersamanya dalam satu majlis. (Riwayat al-Tarmizi no. 3872). Harapan kita supaya, ibu bapa perlu juga mencium tangan anak mereka demi menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. yang telah pun mati pada akhir zaman. Mari kita sama-sama juga mengamalkan budaya yang kian pudar ini dalam kalangan kita iaitu mencium tangan orang soleh, para ulama, orang yang lebih dewasa daripada kita, bahkan sesama kita. Perbuatan tersebut telah pun dipraktikkan oleh mereka yang telah dijamin syurga oleh Nabi s.a.w. iaitu para sahabat beliau. (Amali fiqah- Solusi isu no.39)

0 comments:

Post a Comment