28 January, 2012
Blueberry cheese tart, oreo cheese tart, tart nenas dan biskut dahlia.

Terima kasih kepada Noor Masri yang telah memberi resepi tart nenas yang sumbernya diambil dari Maizana Forum Cari dan biskut dahlia. Biskut dahlia ini saya pernah buat yang diambil dari blog Tiffin Biru. Terima kasih En. Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi ini dan juga Noor Masri. Di bawah ini resepi yang saya tulis semula. Kalau hendak yang asal boleh lah melayari blog dapur-digital.blogspot.com.

 Tart nenas
1 kg tepong gandum cap sauh
625g butter (21/2 buku @ 500g mentega dan 125g majerin planta)
4 biji kuning telor dan 1 biji putih telor
1/2 sdt garam halus
15-20g gula icing
1 sdt esen vanila dan sedikit pewarna kuning
Untuk sapuan : 1 biji kuning telor dan pewarna kuning. Campur 1/2 sdk air dan kacau sebati.

1. Campurkan telor, garam, esen vanila dan pewarna. Pukul sedikit biar sebati.
2. Dalam mangkok lain gaul butter, gula, tepong gandum hingga menjadi serbuk roti. Masuk kan bahan no. 1 dan gaul rata dan sebati hingga menjadi doh.
3. Kalau adunan keras yakni gulungan tart putus-putus tambahkan butter ckit.

Resepi biskut dahlia
300g butter 
160g gula halus
100g tepong jagung*
160g tepong kastad*
240g tepong gandum* Semua* diayak bersama
2 biji kuning telor
1sdt esen vanila

1. Pukul butter dan gula hingga berkrim. Masuk kuning telor dan esen vanila. Putar hingga kembang. Perlahan kan speed masuk tepong. Gaul hingga menjadi doh.
2. Bentukan dengan acuan biskut dahlia. Bakar 170 darjah celcius.

0 comments:

Post a Comment