30 January, 2012
Doa Nabi Ibrahim
Hampir kesemua rasul mempunyai doa yang direkod dalam al-Quran. Nabi Ibrahim adalah antara nabi yang mempunyai banyak doa yang dicatatkan dalam al-Quran.
Doa Nabi Ibrahim mendapatkan keluarga yang mulia, bijak, taat dan selamat di akhirat.
Bahasa Arabnya rujuk Surah Ibrahim 14:40-41). Maksudnya: Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, Berilah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

Doa apabila menghadapi tekanan atau stres
Doa ini adalah kalimat terakhir Nabi Ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api
"Hasbunallah wa ni' mal wakil" Maksudnya: Cukuplah Allah (sebagai penolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (kepada segala urusan kami). Suran Ali 'Imran 3:173). 
(Solusi isu no. 22)
Ayat ini ialah peluru terakhir para pejuang Islam. Ungkapan yang penuh makna tersirat ini terkeluar dari mulut hamba-hamba Allah yang mempunyai iman yang teguh, pada saat yang getir dan dikelilingi pelbagai ancaman. 
Musuh pada zaman moden kini pastinya lebih hebat dan canggih peralatan mereka. Mereka melakukan serangan dari segenap penjuru termasuklah serangan pemikiran melalui media-media yang dikuasai, serangan ekonomi, persenjataan dan teknologi. Maka dalam situasi ini, setelah siap segala persiapan dan strategi yang disusun rapi, golongan Mukmin perlu sentiasa mencontohi Nabi Ibrahim a.s. dan Rasulluallah s.a.w. yang berbekalkan peluru terakhir kita ; Hasbunallah wa ni' mal wakil. (Hadis- Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang-Solusi isu no. 39).

0 comments:

Post a Comment