12 January, 2012
Assalamualaikum.....
"Selamat panjang umur"
Selamat menyambut tahun baru 2012, maka bertambahlah usia kita lagi. Kita akan menyambut ulang tahun kelahiran lagi. Ucapan sewajarnya bukanlah "Selamat panjang umur" tetapi "Selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.
Allah mengingatkan: "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan dalam perkara kebenaran dan berpesan-pesan dalam perkara kesabaran"
Ya, usia umpama harta... bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitu juga usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian. Jangan jadi seperti orang yahudi, yang mengharap umur panjang kerana kerakusannya menikmati dunia. Allah menerangkan sikap mereka ini melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan sungguh kamu akan mendapati mereka manusia paling tamak kepada kehidupan di dunia bahkan lebih tamak daripada orang Musyrik. Masing-masing mereka ingin supaya diberi umur seribu tahun, padahal umur yang panjang sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan". (Surah al-Baqarah 2:96)
(Isu - Pahrol Mohamad Juoi -Solusi Isu No. 24)

0 comments:

Post a Comment