26 August, 2012
 
ASSALAMUALAIKA YA RASULALLAH

Rasulullah Kerap Berlapar
Nu'man Bin Basyir r.a. meriwayatkan: "Bukankah kalian biasa makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. tidak menemukan apa-apa pun untuk mengisi perut Baginda, tidak juga kurma yang buruk." (Riwayat al-Tarmizi, Muslim, Ahmad dan Ibn Sa'd).

Menu Rasulullah
Rasullullah tidak penah mengada-ngada nak makan itu ini. Baginda biasanya akan makan apa-apa sahaja yang sudah tersedia. Bukan itu sahaja, bahan-bahannya pula mudah didapati dan penyediaannya tidak rumit.  Apakah menu yang pernah disantap oleh Rasulullah s.a.w.?  Disenaraikan di sini sebahagian menu yang pernah dimakan oleh Rasulullah s.a.w.
  1. Kurma dan air kosong
  2. Tharid iaitu roti dicampur daging dan berkuah
  3. Roti dengan minyak zaitun
  4. Roti dengan keju
  5. Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
  6. Roti dengan kurma
  7. Kurma dengan mentega
  8. 7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan pada waktu pagi)
  9. Kurma dan tembikai
  10. Timun dan kurma.
Lihatlah betapa sederhana dan sihatnya hidangan Baginda. Namun dengan kuantiti yang sedikit pada pandangan kita itulah, Baginda mampu mengubah hati manusia kembali bertuhankan Allah, malah Baginda mampu menjana tenaga yang diperoleh melalui makanan itu untuk tujuan ketaatan. Kita bagaimana?
(Solusi isu no. 47).

Biskut Coklat Almond Rocher. Resepi dari Chef Amer.
Chocolate Ice Cream Strawberry Marble Cake
Resepinya dah diberi sebelum ini. Sila lihat dilabel cakes.
Brownies Cheese dan carrot cake


11 August, 2012
Makan bersama kucing
Kabshah binti Ka'ab menceritakan, pada suatu hari Abu Qatadah masuk menemuinya. Beliau berkata:"Aku menuangkan air untuknya, tiba-tiba seekor kucing masuk dan meminumnya. Kemudian, Abu Qatadah mengiringkan bekas air tersebut sehinggalah ia dapat meminumnya."
Kabshah menyambung kata-katanya:"Abu Qatadah mengetahui bahawa aku memerhatikannya." Abu Qatadah bertanya kepada Kabshah:"Wahai anak saudaraku, adakah engkau hairan?"
Kabshah menjawab:"Ya." Abu Qatadah meneruskan bicaranya lagi:" Sesungguhnya, Rasulluallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Kucing tidak najis kerana ia haiwan yang sering berkeliarn di sekeliling kamu." (Riwayat Ahmad).
Dalam konteks hari ini, tidak salah andai makan sebelah-menyebelah dengan  kucing atau makanan yang lebih diberikan kepada ayam, itik atau haiwan lain. Itulah sedekah.
(Solusi isu no. 47)
Kek lapis coklat cadbury - 7x7 
Kek lapis blueberry-7x7 
kek pisang gebu dan lembut

06 August, 2012
Biskut cornflakes badam rangup. Resepi ambil dari blog kak jee. Cara membuatnya kak zai dah letak dulu. Tengok kat label biskut. Biskut ni memang sedap.
Biskut Permaisuri Vochelle Coklat Chip- Resepinya pun dah ada di bawah label biskut. Kali ini kak zai tak letak pisang. Anak-anak tak suka bau pisang. Biskut ini pun sedap sebab dia rangup sangat.
Yang atas tu biskut badam dari Chef Tania. Tiap-tiap tahun kak zai biskut badam ini. Dah cuba berbagai-bagai resepi biskut badam atau gajus yang lain tetapi yang ini pada kak zai menepati citarasa. Nanti kak zai  beri resepi di bawah.
Yang tengah tu biskut Fambrozen kenari dari blog masam manis. Terima kasih Ita. Tetapi kak zai buat taklah secantik ita buat. Kak zai tak guna loyang cutter. Cetak sendiri sahaja. 
Yang bawah tu biskut kacang. Guna tepong gandum, gula, crunchy peanut butter dan minyak jagung.

Resepi Biskut Cashew Nuts atau Badam Chef Tania
Bahan:
100g gajus bakar @ badam kisar
250g butter
1 biji kuning telor
450g tepong gandum (kak zai guna tepong red rose)
130g icing sugar
50g light brown sugar
20g cornflour
1 tsp vanila
1 tsp baking powder
Red cherries/red celory dan cashew nuts sebelah untuk garnishing
1 biji telor tambah pewarna lemon yellow untuk sapu atas biskut.
Cara:
1. Putar butter dan gula hingga kembang. Masuk telor gaul rata.
2. Masukkan bahan-bahan lain. Last tepong sebab tepong tak perlu dihabiskan kalau adunan sudah menjadi doh yang lembut dan boleh dicetak. Hiaslah ikut pilihan sendiri. Bakar 180 darjah C selama 20min atau sehingga biskut masak.

Biskut Fambrozen Kenari
Lapisan bawah
240g tepong gandum @ red rose
100g gula castor 
70g susu tepong
100g serbuk badam
200g butter
1 biji kuning telor
Topping tengah: Jem blackcurrant@ blueberry filling (kak zai guna strawberry jem)
1. Pukul butter dan gula hingga putih. Masuk telor gaul rata. Masuk bahan-bahan lain dan tepong. 
2. Lapik loyang cutter 12x12x2 dengan kertas. Tuang adunan dalam loyang. Canai doh dan tekan padat2. Masuk cutter tekan sehingga ke dasar. Cucuk doh dengan garfu. Bakar 15-20 min suhu 170 djh C atau sehingga kekuningan. Keluarkan cutter dari loyang. Bila sejuk sikit sapu jem.
Lapisan Atas:
60g putih telor dari 2 biji telor
120g gula castor @ 100g 
2sdt tepong jagung -  Ita letak1 sdt (kak zai  ikut ita)
Hiasan: Kepingan badam atau gajus

Cara:
Putar lapisan atas guna high speed hingga adunan likat. Tuang atas biskut yang dah disapu jem. Ratakan. Pasang semula cutter dan tekan. Tabur badam. Bakar 90 djh C 11/2 jam di rak tengah. Bila sentuh permukaan biskut dah kering tutup oven dan biar biskut dalam oven yang dah ditutup suisnya selama 11/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering. Kemudian keluarkan cutter. Bila biskut dah benar-benar sejuk baru keluarkan biskut dari loyang. Biskut ini sangat rapuh. Tapi sedap.

Resepi kacang mazola (resepi saudara dari singapore)
230 g gula icing
600g tepong gandum
1 botol besar crunchy peanut butter
minyak jagung secukupnya.

Gula dan tepong gaul rata. Masuk peanut butter. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti. Bulatkan tengah2 masuk minyak sedikit demi sedikit hingga jadi doh dan boleh diterap. 
Sapu kuning telor dan letak kacang tanah yang telah dipanggang. Bakar 150 atau 160 djh C sehingga kekuningan.  

SELAMAT MENCUBA
Puding Pic
Rujukan: Majalah Saji Januari 2010
Resepi: Hasma Noor Kulinari
Bahan: 
1 sudu besar serbuk agar-agar
400ml air
300g gula

Bahan Kisar:
200g susu cair
150g buah pic dalam tin
100ml air
100ml air sirap buah pic
Cara:
Satukan agar-agar dengan air, larutkan hingga mendidih. Masukkan gula dan masak lagi hingga mendidih.
Masukkan bahan kisar, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang adunan ke dalam acuan puding 7". Bekukan.

Puding Roti Laici
Rujukan: Majalah Saji Januari 2010
Resepi: Chef Asma
Bahan:
A- 500ml susu segar
     100g gula castor
     8 biji telor gred B
     1 sudu kecil perasa vanila
B:  12 keping roti sandwich dipotong kiub kecil
     1 tin buah laici  dipotong kecil dan ambil airnya sekali (kak zai guna buah pic)
     100g mentega dipotong kecil
     100g kismis
Hiasan: Ceri merah dan sos vanila
Cara:
1. Campurkan bahan-bahan A sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan A ke dalam bahagian B.
3. Rendamkan selama 15 minit supaya roti lembut
4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar menggunakan kaedah 'steambath' selama 25 minit hingga 30 minit.
5. Apabila masak hiaskan dengan ceri dan sos vanila.

Bahan sos vanila
A: 250ml susu segar
    50g gula castor
    1/8 sudu kecil perasa vanila
B: 20g tepong kastad dicairkan dengan sedikit air.
Cara:
1. Panaskan bahan A sehingga mendidih.
2. Apabila mendidih masukkan tepong kastad dan tutup api.

KAEDAH STEAMBATH
Meletakkan satu dulang berisi air di bawah tin kek. Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini puding masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Kalau buat cheese cake pun guna cara ini.
Selamat mencuba.