26 August, 2012
 
ASSALAMUALAIKA YA RASULALLAH

Rasulullah Kerap Berlapar
Nu'man Bin Basyir r.a. meriwayatkan: "Bukankah kalian biasa makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. tidak menemukan apa-apa pun untuk mengisi perut Baginda, tidak juga kurma yang buruk." (Riwayat al-Tarmizi, Muslim, Ahmad dan Ibn Sa'd).

Menu Rasulullah
Rasullullah tidak penah mengada-ngada nak makan itu ini. Baginda biasanya akan makan apa-apa sahaja yang sudah tersedia. Bukan itu sahaja, bahan-bahannya pula mudah didapati dan penyediaannya tidak rumit.  Apakah menu yang pernah disantap oleh Rasulullah s.a.w.?  Disenaraikan di sini sebahagian menu yang pernah dimakan oleh Rasulullah s.a.w.
  1. Kurma dan air kosong
  2. Tharid iaitu roti dicampur daging dan berkuah
  3. Roti dengan minyak zaitun
  4. Roti dengan keju
  5. Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
  6. Roti dengan kurma
  7. Kurma dengan mentega
  8. 7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan pada waktu pagi)
  9. Kurma dan tembikai
  10. Timun dan kurma.
Lihatlah betapa sederhana dan sihatnya hidangan Baginda. Namun dengan kuantiti yang sedikit pada pandangan kita itulah, Baginda mampu mengubah hati manusia kembali bertuhankan Allah, malah Baginda mampu menjana tenaga yang diperoleh melalui makanan itu untuk tujuan ketaatan. Kita bagaimana?
(Solusi isu no. 47).

0 comments:

Post a Comment