06 August, 2012
Biskut cornflakes badam rangup. Resepi ambil dari blog kak jee. Cara membuatnya kak zai dah letak dulu. Tengok kat label biskut. Biskut ni memang sedap.
Biskut Permaisuri Vochelle Coklat Chip- Resepinya pun dah ada di bawah label biskut. Kali ini kak zai tak letak pisang. Anak-anak tak suka bau pisang. Biskut ini pun sedap sebab dia rangup sangat.
Yang atas tu biskut badam dari Chef Tania. Tiap-tiap tahun kak zai biskut badam ini. Dah cuba berbagai-bagai resepi biskut badam atau gajus yang lain tetapi yang ini pada kak zai menepati citarasa. Nanti kak zai  beri resepi di bawah.
Yang tengah tu biskut Fambrozen kenari dari blog masam manis. Terima kasih Ita. Tetapi kak zai buat taklah secantik ita buat. Kak zai tak guna loyang cutter. Cetak sendiri sahaja. 
Yang bawah tu biskut kacang. Guna tepong gandum, gula, crunchy peanut butter dan minyak jagung.

Resepi Biskut Cashew Nuts atau Badam Chef Tania
Bahan:
100g gajus bakar @ badam kisar
250g butter
1 biji kuning telor
450g tepong gandum (kak zai guna tepong red rose)
130g icing sugar
50g light brown sugar
20g cornflour
1 tsp vanila
1 tsp baking powder
Red cherries/red celory dan cashew nuts sebelah untuk garnishing
1 biji telor tambah pewarna lemon yellow untuk sapu atas biskut.
Cara:
1. Putar butter dan gula hingga kembang. Masuk telor gaul rata.
2. Masukkan bahan-bahan lain. Last tepong sebab tepong tak perlu dihabiskan kalau adunan sudah menjadi doh yang lembut dan boleh dicetak. Hiaslah ikut pilihan sendiri. Bakar 180 darjah C selama 20min atau sehingga biskut masak.

Biskut Fambrozen Kenari
Lapisan bawah
240g tepong gandum @ red rose
100g gula castor 
70g susu tepong
100g serbuk badam
200g butter
1 biji kuning telor
Topping tengah: Jem blackcurrant@ blueberry filling (kak zai guna strawberry jem)
1. Pukul butter dan gula hingga putih. Masuk telor gaul rata. Masuk bahan-bahan lain dan tepong. 
2. Lapik loyang cutter 12x12x2 dengan kertas. Tuang adunan dalam loyang. Canai doh dan tekan padat2. Masuk cutter tekan sehingga ke dasar. Cucuk doh dengan garfu. Bakar 15-20 min suhu 170 djh C atau sehingga kekuningan. Keluarkan cutter dari loyang. Bila sejuk sikit sapu jem.
Lapisan Atas:
60g putih telor dari 2 biji telor
120g gula castor @ 100g 
2sdt tepong jagung -  Ita letak1 sdt (kak zai  ikut ita)
Hiasan: Kepingan badam atau gajus

Cara:
Putar lapisan atas guna high speed hingga adunan likat. Tuang atas biskut yang dah disapu jem. Ratakan. Pasang semula cutter dan tekan. Tabur badam. Bakar 90 djh C 11/2 jam di rak tengah. Bila sentuh permukaan biskut dah kering tutup oven dan biar biskut dalam oven yang dah ditutup suisnya selama 11/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering. Kemudian keluarkan cutter. Bila biskut dah benar-benar sejuk baru keluarkan biskut dari loyang. Biskut ini sangat rapuh. Tapi sedap.

Resepi kacang mazola (resepi saudara dari singapore)
230 g gula icing
600g tepong gandum
1 botol besar crunchy peanut butter
minyak jagung secukupnya.

Gula dan tepong gaul rata. Masuk peanut butter. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti. Bulatkan tengah2 masuk minyak sedikit demi sedikit hingga jadi doh dan boleh diterap. 
Sapu kuning telor dan letak kacang tanah yang telah dipanggang. Bakar 150 atau 160 djh C sehingga kekuningan.  

SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment