11 August, 2012
Makan bersama kucing
Kabshah binti Ka'ab menceritakan, pada suatu hari Abu Qatadah masuk menemuinya. Beliau berkata:"Aku menuangkan air untuknya, tiba-tiba seekor kucing masuk dan meminumnya. Kemudian, Abu Qatadah mengiringkan bekas air tersebut sehinggalah ia dapat meminumnya."
Kabshah menyambung kata-katanya:"Abu Qatadah mengetahui bahawa aku memerhatikannya." Abu Qatadah bertanya kepada Kabshah:"Wahai anak saudaraku, adakah engkau hairan?"
Kabshah menjawab:"Ya." Abu Qatadah meneruskan bicaranya lagi:" Sesungguhnya, Rasulluallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Kucing tidak najis kerana ia haiwan yang sering berkeliarn di sekeliling kamu." (Riwayat Ahmad).
Dalam konteks hari ini, tidak salah andai makan sebelah-menyebelah dengan  kucing atau makanan yang lebih diberikan kepada ayam, itik atau haiwan lain. Itulah sedekah.
(Solusi isu no. 47)

0 comments:

Post a Comment