14 April, 2012
Assalamualaikum....
Kek Coklat dengan krim strawberri. Resepi dari Chef Amer Hamzah dalam Majalah Saji bulan Mac 2012.

Biskut permaisuri vochelle coklat chip.Siapa yang suka pisang tentu menggemari biskut ini. Saya turunkan resepinya yang diambil dari "vochelle kuali recipe Book 1."

Bahan-bahan
120g mentega
120g majerin
220g gula halus
1 cmb jus lemon
kulit lemon yang telah diparut
120g pisang dilecekkan
300g tepong gandum       )
1/2 cmt serbuk penaik     ) diayak
1/2 cmt soda bikarbonat  )
1/4 cmt garam
90g walnut atau pecans dicincang
120g vochelle semi sweet coklat chips

Cara membuatnya,
1. Putar mentega, majerin dan gula hingga ringan dan kembang. Masuk pisang dan dicampur hingga rata.
2. Masukkan bahan kering dan garam kedalam bahan no. 1 dengan mesin yang perlahan. Gaul rata dan    masuk kacang dan coklat chip.
3. Bentukkan adunan dengan sudu teh. Adunan lembik sedikit dan susun jarak kerana adunan akan mengembang apabila dibakar.  Bakar 190 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

0 comments:

Post a Comment