20 March, 2012
Assalamualaikum.....................
Hari ini saya nak bercerita mengenai buku " Indahnya hidup bersyariat". Buku panduan fardu ain lengkap bergambar. Buku ini bermanfaat untuk kehidupan manusia kerana ianya sebuah buku lengkap untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini untuk menuju ke alam akhirat. Panduan menjalani kehidupan mengikut syariat dari hari kita lahir hingga saatnya kita meninggalkan dunia ini. Semuanya dalam satu buku.
Kita ikuti kata penerbit buku ini: Cuba anda tunjukkan sebuah modul yang boleh menjadi panduan  dalam menjalani kehidupan seharian anda? Kita ini dicipta oleh Allah SWT. Maka sudah tentulah Allah yang menyediakan peraturan hidup kita. Panduan hidup yang disediakan oleh Allah SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya merupakan fardu ain(menjadi kewajipan ke atas semua orang - lelaki dan wanita). Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya.
Buku ini ialah untuk kegunaan seisi rumah. Buku ini merupakan sebuah buku fardu ain dan fardu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu dari zaman anak-anak, alam remaja, hidup berkeluarga, bermuamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian.
Selamat membaca dan beramal.

0 comments:

Post a Comment