26 December, 2011
Mini Pavlova
Buah ada 2 jenis aja. Kalau nak tambah oren, anggur dan lebih menggiurkan kalau letak buah markisa biar dia meleleh kat tepi-tepi tu. Pavlova ni manis, jadi kena guna buah2an yang masam. 
25 December, 2011

Kek coklat
Muffin Chocolate Chip

24 December, 2011
Assalamualaikum...
Wahai Tuhan, Ku Tak Layak ke Syurga Firdausmu,
Dan aku juga tidak mampu menghadapi azab neraka,
Maka kurniakan kepadaku taubat dan ampunilah dosa-dosaku,
Maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar

Sikap bermain-main dengan dosa dan menganggapnya remeh atas alasan Allah Maha Pengampun adalah tidak wajar. Sikap suka bertangguh untuk bertaubat juga tidak baik. Taubat yang ditangguhkan menjadikan dosa tidak diampunkan sedangkan dosa semakin banyak dan bertimbun. Sikap melakukan dosa-dosa kecil dengan alasan ia dosa kecil juga tidak wajar. Sesungguhnya "istiqamah" dan berkekalan dalam dosa kecil akan merubah sifatnya menjadi dosa besar.
Satu ungkapan menyatakan: "Tiada dosa kecil jika ia dilakukan secara berterusan, dan tiada dosa besar jika diiringi dengan istighfar".
Sesungguhnya, peluang untuk terus mendapat keampunan Allah terbuka luas selagi nyawa dikandung badan. Ambillah peluang untuk menyegerakan taubat kerana kita tidak pasti tarikh kematian kita. Jangan sombong dan takabbur dengan Allah. Sebagai hamba, menjadi kewajipan kita untuk merendah diri dan tawaduk.
(Tauhid -Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir -Solusi isu no.38)
14 December, 2011
Assalamualaikum....
Bila doktor pun sakit...
Memerangi kemungkaran dan dosa umpama ingin mengubat penyakit. Selain kita perlu tahu punca penyakit, ada ubat yang mujarab, kita juga mesti mempunyai pakar atau doktor yang arif.
Sinis sekali, ketika para ustaz sibuk berbincang mengenai perbezaan khilafiah mengenai solat, ribuan umat islam lain sewenang-wenangnya meninggalkan solat. Tidak ada gunanya memakan penawar, jika kita sertai dengan memakan racun. Tidak ada gunanya kita berubat, jika kita melanggar pantangnya. 
Punca sebenarnya manusia melakukan kejahatan ialah bila tipis keimannya kepada Allah. (Kritis-Abu Asif-Solusi isu no. 5)
Double Chocolate Cheese Cake 8".
Dalam ada coklat dan luar dibaluti dengan coklat juga. Sedapnya....
13 December, 2011

Assalamualaikum...

Pernah dengar atau nampak tak barangan di atas. " 4Life Transfer Factor ". Saya pun baru tahu bila selalu mengunjungi blok Puan Fauziah Samad. Siapa dia? Bekas wartawan dan pernah berlakon juga dulu. Lebih dikenali dengan panggilan Kak Jee. Kalau nak tahu lebih lanjut dengan produk di atas bolehlah layari blog dapurkakjee.blogspot.com
4Life Transfer Factor bukan ubat. Ia hanya booster untuk meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit. Saya dah makan lebih 2 minggu dan sekarang dalam proses penyembuhan. InsyAllah. Tekak saya macam ada lendir yang melekat dan itu membuatkan saya berdehem untuk mengeluarkan lendir tersebut. Selalunya saya gagal mengeluarkan lendir itu. Bila selalu dengan keadaan begitu tentulah rasa tak selesa terutama semasa sembahyang dan mengaji. Masa mula-mula tak rasa sangat tapi bila dah makan tahun ia menjadi satu gangguan dan tak selesa.
 Setiap kali lendir tu melekat dan saya cuba untuk mengeluarkannya, tekak saya menjadi sakit dan kadangkala membengkak macam tonsil. Pergi kelinik Dr. beri ubat antibiotik tapi lendir tetap ada juga. Bila saya terbaca  tentang 4Life ni saya terus menghubungi Kak Jee untuk dapatkan nasihat dan pandangan. Saya berdoa pada Allah s.w.t. agar penyakit saya ini dapat diubati. Kita berusaha dan berserah kepadaNya kerana hanya Allah yang Maha Berkuasa di atas segalanya.
Sekarang saya dah jadi ahli 4Life. Sesiapa yang berhajat hendak mencuba produk ini boleh menghubungi saya ditalian 019-7741234. Boleh juga terus pergi ke pejabat 4Life di Menara Pelangi (nanti saya letak alamat di bawah) atau mana-mana pejabat 4Life guna nama saya dan boleh beli dengan harga ahli. Caranya pergi ke pejabat 4 Life, isi borang tulis nama saya dan no. ID saya atau nak saya belikan pun boleh. 

Zainon Bt. Abdullah  No. ID 7385230
Pejabat 4Life : Unit 13.05, Level 13A, Menara Pelangi, 80400 Johor Bahru.
No. tel: 07 3327351

09 December, 2011

Sentiasalah Bertaubat dan Beristighfar.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku bersama hambaKu selagimana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)."
Assalamualaikum......

Gerhana bulan penuh berlaku pada 10hb. disember, 2011, 14 muharam 1433 Hijrah. Gerhana bermula jam 8.48malam, kemuncak gerhana jam 10.31 malam dan bulan terang semula jam 12.16 pagi 11hb. disember,2011. Gerhana ini adalah ulangan yang berlaku pada tahun 1957.

Apa yang patut dilakukan semasa gerhana bulan atau matahari?
1. Solat sunat Gerhana bulan atau matahari hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan.
2. Solat ini boleh dikerjakan secara perseorangan atau lebih afdhal berjamaah dimasjid untuk mendengar khutbah. .
3. Terdapat 3 kaedah mengerjakan solat ini:
    i) Sekurang-kurangnya solat dua rakaat seperti sunat Zuhur sahaja.
   ii) Solat yang sempurna ialah solat dua rakaat, tiap-tiap rakaat mengandungi dua kali rukuk dan dua kali qiam(berdiri) dan membaca surah-surah pendek.
   iii) Solat yang paling sempurna sama dengan di atas serta dengan bacaan surah yang panjang seperti surah Al-Baqarah, Ali Imran dan Al-Maidah.
(Rujukan buku Panduan Beramal Ibadah daripada Hj Johari Hj Alias- Darul Nu'man)
   
Selepas solat beristighfar lah banyak-banyak dan berdoa agar kehidupan kita dan rezeki kita tidak gerhana seperti gerhana bulan.InsyaAllah. WALLAHUA'LAM.
07 December, 2011

Assalamualaikum....

Bahana Hasad.....Apa itu hasad?
Menurut Imam al-Mutawalli al-Sya'rawi, hasad itu adalah "mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang didengki melalui ucapan atau perbuatan".
Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya hati daripada orang yang dihasad. Ia umpama api yang membakar. Sebelum dia membakar orang lain, orang yang hasad akan membakar dirinya terlebih dahulu. (Pahrol Mohamad Juoi-Solusi isu no. 32).
Assalamualaikum....

"Ya Allah, ampunkanlah dosa yang sedang aku lakukan, yang telah aku lakukan dan yang akan aku lakukan."
Kita manusia bukan maksum, masih melakukan dosa dan berdosa.
Pengampunan  Allah s.w.t. itu terlalu berharga. Gapailah walau setinggi mana ia berada. Jangan biarkan diri kita terus jatuh sedikit demi sedikit sehingga tiada ruang lagi menemukan cahaya taubat. Apabila hati menjadi terlalu keras, kita akan berada dalam kesesatan dan kekal abadi sebegitu dan ketika itulah kita dapat melihat diri kita, bersendirian, tiada yang peduli. Nauzubillah. (Islah-Khadijah Khalilah Abdul Rashid-Solusi isu no. 35).
01 December, 2011

Kek Snowy Peach 9"