19 March, 2013
Assalamualaikum.... Inilah kemuncaknya bila berada di hadapan kaabah, merenungnya sahaja mendapat pahala. SubhanaAllah... Maha Suci Allah.
  Sekarang ni walaupun kamera masih tidak dibenarkan dibawa masuk tetapi telefon bimbit boleh. Tiada sekatan untuk mengambil gambar di hadapan kaabah, di Raudhah di Masjid Nabawi. Tetapi manusia selalunya lupa bahawa kita berada di tempat yang suci dan mulia. Di depan kaabah untuk mengadap Allah yang Maha Esa. Kalau nak bergambar berpada-pada, kita bukan di tempat pelancongan. Berpeluk-peluk, bersukaria dll.. semata-mata hendak ditunjukkan kepada saudara mara bila balik ke kampong halaman kita. Untuk kenangan? Biarlah kenangan manis tu hanya antara kita dan Allah s.w.t. Wassalam.
Inilah wajah terbaru sekitar Masjidil Haram pada tahun 2018. InsyAllah. Sekarang ini Masjid ini ditutup separuh untuk kerja-kerja pembinaan untuk dibuat dataran dan dipayungi seperti di Masjid Nabawi. Sekiranya anda hendak melihat Masjid ini siap sepenuhnya pergilah selepas tahun 2018.
Sekarang ini pokok kurma sedang berbunga.
Wajah siling di dalam masjidil haram.
Masjid di Laut merah. Kami berhenti di sini sebelum ke  Lapangan terbang Jeddah.

Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allah hamba akan datang lagi, jika sampai ajal hamba maka hamba akan meletakkan kepadanya Syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada sekutu bagiNya, hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya, Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Tuhan seru sekalian alam. Amin....


0 comments:

Post a Comment