kek pisang gebu dan lembut
Posted by
SUGAR AND SPICE
at
07:50
06 August, 2012
Biskut cornflakes badam rangup. Resepi ambil dari blog kak jee. Cara membuatnya kak zai dah letak dulu. Tengok kat label biskut. Biskut ni memang sedap.
Biskut Permaisuri Vochelle Coklat Chip- Resepinya pun dah ada di bawah label biskut. Kali ini kak zai tak letak pisang. Anak-anak tak suka bau pisang. Biskut ini pun sedap sebab dia rangup sangat.
Yang atas tu biskut badam dari Chef Tania. Tiap-tiap tahun kak zai biskut badam ini. Dah cuba berbagai-bagai resepi biskut badam atau gajus yang lain tetapi yang ini pada kak zai menepati citarasa. Nanti kak zai beri resepi di bawah.
Yang tengah tu biskut Fambrozen kenari dari blog masam manis. Terima kasih Ita. Tetapi kak zai buat taklah secantik ita buat. Kak zai tak guna loyang cutter. Cetak sendiri sahaja.
Yang bawah tu biskut kacang. Guna tepong gandum, gula, crunchy peanut butter dan minyak jagung.
Resepi Biskut Cashew Nuts atau Badam Chef Tania
Bahan:
100g gajus bakar @ badam kisar
250g butter
1 biji kuning telor
450g tepong gandum (kak zai guna tepong red rose)
130g icing sugar
50g light brown sugar
20g cornflour
1 tsp vanila
1 tsp baking powder
Red cherries/red celory dan cashew nuts sebelah untuk garnishing
1 biji telor tambah pewarna lemon yellow untuk sapu atas biskut.
Cara:
1. Putar butter dan gula hingga kembang. Masuk telor gaul rata.
2. Masukkan bahan-bahan lain. Last tepong sebab tepong tak perlu dihabiskan kalau adunan sudah menjadi doh yang lembut dan boleh dicetak. Hiaslah ikut pilihan sendiri. Bakar 180 darjah C selama 20min atau sehingga biskut masak.
Biskut Fambrozen Kenari
Lapisan bawah
240g tepong gandum @ red rose
100g gula castor
70g susu tepong
100g serbuk badam
200g butter
1 biji kuning telor
Topping tengah: Jem blackcurrant@ blueberry filling (kak zai guna strawberry jem)
1. Pukul butter dan gula hingga putih. Masuk telor gaul rata. Masuk bahan-bahan lain dan tepong.
2. Lapik loyang cutter 12x12x2 dengan kertas. Tuang adunan dalam loyang. Canai doh dan tekan padat2. Masuk cutter tekan sehingga ke dasar. Cucuk doh dengan garfu. Bakar 15-20 min suhu 170 djh C atau sehingga kekuningan. Keluarkan cutter dari loyang. Bila sejuk sikit sapu jem.
Lapisan Atas:
60g putih telor dari 2 biji telor
120g gula castor @ 100g
2sdt tepong jagung - Ita letak1 sdt (kak zai ikut ita)
Hiasan: Kepingan badam atau gajus
Cara:
Putar lapisan atas guna high speed hingga adunan likat. Tuang atas biskut yang dah disapu jem. Ratakan. Pasang semula cutter dan tekan. Tabur badam. Bakar 90 djh C 11/2 jam di rak tengah. Bila sentuh permukaan biskut dah kering tutup oven dan biar biskut dalam oven yang dah ditutup suisnya selama 11/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering. Kemudian keluarkan cutter. Bila biskut dah benar-benar sejuk baru keluarkan biskut dari loyang. Biskut ini sangat rapuh. Tapi sedap.
Resepi kacang mazola (resepi saudara dari singapore)
230 g gula icing
600g tepong gandum
1 botol besar crunchy peanut butter
minyak jagung secukupnya.
Gula dan tepong gaul rata. Masuk peanut butter. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti. Bulatkan tengah2 masuk minyak sedikit demi sedikit hingga jadi doh dan boleh diterap.
Sapu kuning telor dan letak kacang tanah yang telah dipanggang. Bakar 150 atau 160 djh C sehingga kekuningan.
SELAMAT MENCUBA
Posted by
SUGAR AND SPICE
at
07:31
Puding Pic
Rujukan: Majalah Saji Januari 2010
Resepi: Hasma Noor Kulinari
Bahan:
1 sudu besar serbuk agar-agar
400ml air
300g gula
Bahan Kisar:
200g susu cair
150g buah pic dalam tin
100ml air
100ml air sirap buah pic
Cara:
Satukan agar-agar dengan air, larutkan hingga mendidih. Masukkan gula dan masak lagi hingga mendidih.
Masukkan bahan kisar, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang adunan ke dalam acuan puding 7". Bekukan.
Puding Roti Laici
Rujukan: Majalah Saji Januari 2010
Resepi: Chef Asma
Bahan:
A- 500ml susu segar
100g gula castor
8 biji telor gred B
1 sudu kecil perasa vanila
B: 12 keping roti sandwich dipotong kiub kecil
1 tin buah laici dipotong kecil dan ambil airnya sekali (kak zai guna buah pic)
100g mentega dipotong kecil
100g kismis
Hiasan: Ceri merah dan sos vanila
Cara:
1. Campurkan bahan-bahan A sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan A ke dalam bahagian B.
3. Rendamkan selama 15 minit supaya roti lembut
4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar menggunakan kaedah 'steambath' selama 25 minit hingga 30 minit.
5. Apabila masak hiaskan dengan ceri dan sos vanila.
Bahan sos vanila
A: 250ml susu segar
50g gula castor
1/8 sudu kecil perasa vanila
B: 20g tepong kastad dicairkan dengan sedikit air.
Cara:
1. Panaskan bahan A sehingga mendidih.
2. Apabila mendidih masukkan tepong kastad dan tutup api.
KAEDAH STEAMBATH
Meletakkan satu dulang berisi air di bawah tin kek. Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini puding masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Kalau buat cheese cake pun guna cara ini.
Selamat mencuba.
Posted by
SUGAR AND SPICE
at
07:16
Assalamualaikum.....
Resepi diambil dari Blog Citarasawan. Terima kasih.k1. Kak zai salin resepinya ya....
Biskut Almond Beauty
Bahan A: 200g butter 50g shortening 150g gula
Bahan B: 40g putih telor
Bahan C: 270g tepong gandum 70g self raising 1/2 sdt baking powder 1/4sdt emplex 10g koko
Hiasan: Coklat putih dan badam cincang
1. Pukul bahan A hingga ringan. Masuk putih telor pukul sebati.
2. Masuk bahan C hingga menjadi doh. Rehatkan selama 2 jam.
3. Masuk doh dalam piping bag picit guna nozel no. 4ft bergerigi dan tekan atas dulang pembakar. (kak zai bentuk sendiri saje, sebab tu tak cantik macam k1 punya).
4. Bakar suhu 150 dcelcius selama 15-20 minit. Sejukkan.
5. Setelah biskut sejuk celup dalam coklat putih dan golek atas badam cincang. Kak zai golek atas coklat rice juga sebab anak tak suka badam.
Selamat mencuba. Untuk resepi lebih terperinci masuklah ke blog Citarasawan.
Posted by
SUGAR AND SPICE
at
07:27
27 June, 2012
Resepi biskut ini saya ambil dari dapur kak jee. Menurut kata kak jee beliau ambil resepi ini dari blog mytouch-miza. Memang sedap biskut ini. Terima kasih kepada kedua-duanya yang tidak lokek berkongsi resepi. Saya juga akan buat satu lagi biskut yang resepinya saya ambil dari blog siapa lagi kalau bukan blog kak jee. Tunggu ya.....
Saya minta izin salin semula resepinya:
BISKUT CORNFLAKES BADAM RANGUP
13/4 cawan tepong gandum
1/4 cawan tepong jagung
3/4 sdt baking powder @ 1/2 sdt
21/2 cawan cornflakes-ramas atau lenyek dengan lesong batu
3 sdb badam hancur. Bakar dalam oven dalam 5 minit (saya tak buat terus masuk aje)
150g butter
3/4 cawan gula castor
1 biji kuning telor (saya guna telor size B)
1/2 cawan cornflakes ramas dengan tangan - untuk golek biskut
1. Butter dan gula pukul hingga putih. Masuk kuning telor. Gaul lagi.
2. Masuk tepong yang dah dicampur b.p, badam hancur, dan cornflakes.
3. Adunan agak lembik. Bulatkan dan golek ke atas cornflakes yang diramas dengan tangan tadi.
4. Bakar suhu 170 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak.
Biskut ini resepinya saya ambil dari blog Citarasawan. Terima kasih Wan. Izinkan kak zai salin semula resepinya.
Strawberry Red Velvet Cookies
Bahan A
260g butter
40g shortening
140g gula castor
1/4 tsp soda bikarbonat
1 tsp pes strawberry
1/2 tsp pewarna merah
Bahan B
60g nestum kisar halus
60g serbuk badam/hazel
Bahan C
50g tepong jagung
20g tepong kentang
300g tepong gandum
Hiasan: Kuning telor dan manik berbentuk love
1. Sebatikan bahan A. Dah gaul rata masuk bahan B. Last masuk bahan C.
2. Canai bentuk love, sapu kuning telor dan letak manik. Lorek dengan Coklat putih.
3. Suhu 140 darjah C selama 25 minit.
Posted by
SUGAR AND SPICE
at
07:01
25 June, 2012
Assalamualaikum....
Nak resepi... Di bawah ini saya sertakan resepi yang diambil dari blog kak jee. Resepi asalnya dari tiffin biru (Dapur tanpa sempadan). Terima kasih pada kak jee dan En. Mat Gebu.
Dried Cranberry Pound Cake
180g butter
140g gula perang
2 biji telor A
220g tepong
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
120g dried cranberry/fresh blueberry atau kedua-duanya
100 ml susu segar/susu cair
1 sk vanila atau oren
1. Panaskan oven 170oC .
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor satu persatu.
3. Mix fruits gaul dengan tepong.
4. Perlahankan mixer, masuk tepong selang seli dengan susu.
5. Acuan kek 8". Bakar dalam 45-50 minit.
Saya buat satu adunan dan dibahagi dua loyang kecil. Satu saya tabur di atasnya badam dan satu lagi tabur dengan coklat chip.
Selamat mencuba....
Posted by
SUGAR AND SPICE
at
06:45
18 June, 2012
ASSALAMUALAIKA YA RASULALLAH
Fizikal Rasulullah s.a.w.
Abu Hurairah meriwayatkan:" Kulit Rasullullah s.a.w. putih bersih seolah-olah Baginda tercipta daripada perak. Baginda juga memiliki rambut yang indah dan rapi." (Riwayat al-Tarmizi).
(Solusi isu no. 44)
Andai Rasullullah masih ada
Semerbaklah haruman Baginda
Setiap jiwa ingin bersamanya
Nur Muhammad terus bercahaya
(Antara bait-bait lagu dari CD Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidon)
Fizikal Rasulullah s.a.w.
Abu Hurairah meriwayatkan:" Kulit Rasullullah s.a.w. putih bersih seolah-olah Baginda tercipta daripada perak. Baginda juga memiliki rambut yang indah dan rapi." (Riwayat al-Tarmizi).
(Solusi isu no. 44)
Andai Rasullullah masih ada
Semerbaklah haruman Baginda
Setiap jiwa ingin bersamanya
Nur Muhammad terus bercahaya
(Antara bait-bait lagu dari CD Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidon)
Posted by
SUGAR AND SPICE
at
06:18
Assalamualaikum.....
Di dalam majalah solusi isu no. 44 "Amar Makruf Nahi Mungkar" saya tertarik di ruangan fiqah amali yang bertanyakan soalan 'Sanggul Bonggol Unta'. Sama-sama kita hayati dan memperbaiki apa yang tersilap selama ini.
Pertanyaan: Wanita sentiasa suka mengikut perkembangan semasa dalam berhias sehingga tanpa sedar mengorbankan agama sendiri. Budaya sanggul tinggi walaupun bertudung, sudah digemari ramai wanita islam. Dalam kalangan ustaz pun terdapat perbezaan pendapat. Semoga pihak ustaz dapat membantu menguraikan kekeliruan ini.
Trend sanggul tinggi ini mula digemari masyarakat kita kebelakangan ini. Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ilmuwan islam berkenaan masalah ini. Kembali kepada kaedah fiqah di atas, maka keharusan sanggul ini dibolehkan kepada Muslimah dengan syarat tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi seterusnya boleh menimbulkan syahwat terutamanya lelaki yang lemah iman dan ditimpa penyakit hati. Bersanggullah setinggi mana sekalipun, tetapi biarlah untuk suami tersayang, ketika bersama mahram dan wanita atau di tempat tertutup yang tiada lelaki ajnabi.
Mafhum sabda Baginda s.a.w.: Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya kerana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh." (Riwayat Muslim no. 2128). Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya Sharh Sahih Muslim, makna "kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta" ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban, kain-kain lilitan yang lain atau seumpamanya.
Sehubungan dengan itu, disarankan kepada mereka yang berambut panjang agar membuat sanggul pada paras leher, mengikat atau dibiarkan lepas disebalik tudung. Jika tidak mahu, mungkin boleh dipotong sedikit agar kurang panjangnya.
Sesungguhnya wanita yang paling selamat dunia dan akhirat ialah wanita yang bertakwa dalam urusan agamanya. Sungguh, kita amat memuji kesungguhan sebahagian Muslimah yang tidak terkesan dengan trend fesyen tudung dan pakaian terkini, yang menutup aurat tetapi masih menarik perhatian lelaki ajnabi.
Wanita muslimah yang bertakwa akan istiqamah mematuhi syariat dan menutup fitnah. Beruntunglah bapa atau suami yang memiliki anak perempuan atau isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita yang solehah. Tahniah buat Muslimah Sejati.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum.
- SUGAR AND SPICE
- Saya Zainon. Jalan Layang, Taman Perling, Johor Bahru. Tel: 0197741234
Categories
- 4Liffe Transfer Factor (5)
- Assalamualaika Ya RasulAllah (2)
- biskut (7)
- Brownies (1)
- Buku Islamik dan Motivasi (2)
- Cakes (21)
- Check list puasa sunat (1)
- Cheese Cake (2)
- Coklat dap..dap...dap (1)
- Cupcakes (6)
- Dessert (2)
- Kek Continental (6)
- kek ekonomi (3)
- Kek lapis (9)
- Kesayangan (28)
- Muffin (1)
- Roll (1)
- slice cake (2)
- Solat Gerhana (1)
- Umrah dan ziarah (4)