ASSALAMUALAIKA YA RASULALLAH
Rasulullah Kerap Berlapar
Nu'man Bin Basyir r.a. meriwayatkan: "Bukankah kalian biasa makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. tidak menemukan apa-apa pun untuk mengisi perut Baginda, tidak juga kurma yang buruk." (Riwayat al-Tarmizi, Muslim, Ahmad dan Ibn Sa'd).
Menu Rasulullah
Rasullullah tidak penah mengada-ngada nak makan itu ini. Baginda biasanya akan makan apa-apa sahaja yang sudah tersedia. Bukan itu sahaja, bahan-bahannya pula mudah didapati dan penyediaannya tidak rumit. Apakah menu yang pernah disantap oleh Rasulullah s.a.w.? Disenaraikan di sini sebahagian menu yang pernah dimakan oleh Rasulullah s.a.w.
- Kurma dan air kosong
- Tharid iaitu roti dicampur daging dan berkuah
- Roti dengan minyak zaitun
- Roti dengan keju
- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
- Roti dengan kurma
- Kurma dengan mentega
- 7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan pada waktu pagi)
- Kurma dan tembikai
- Timun dan kurma.
(Solusi isu no. 47).
0 comments:
Post a Comment