30 December, 2012


Kek Buah Berempah Masam Manis

Resepi ambil dari Majalah Saji di atas. Ini resepi dari sifu saya, Zalina Yahya.

Bahan A
125g mentega
110g gula perang
10g ovalette

Bahan B
2 biji telor
1 biji kuning telor
1sdb golden syrup
1/2 sdk esen oren
1/2 sdk esen vanila

Bahan C
60g yogurt - tanpa rasa

Bahan D (Gaul sebati)
150g tepong gandum
1/2 sdk serbuk penaik
1/4 sdk serbuk kulit kayu manis - kak zai tak letak
1/4 sdk serbuk buah pala           -      tak letak
400g buah campur - kak zai guna 200g aje

Cara menyediakan
Pukul bahan A sehingga kembang dan sebati.
Masukkan pula bahan B diikuti bahan C dan gaul rata.
Masukkan bahan D sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang 8" dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 45 minit hingga sejam.
(Kak zai guna buah campur 200g jadi kek nipis sedikit. Kalau nak tinggi guna loyang 7").

Sebelah kiri Kek Nangka Mastura Jambu dari Majalah Saji di atas. Sebelah kanan Kek Snowy Peach juga resepi dari Puan Zalina Yahya.

Resepi kek nangka nanti ya.....
24 December, 2012




Red Velvet Cake - Resepinya sila lihat dilabel cakes

Brownies kukus

Brown Sugar Marble Cake
Resepinya dari Chef Tania.

250g butter (melted) - sejukkan
9 biji kuning telor
7 biji putih telor
1 tsp vanila
100g gula castor
130g brown sugar
250g tepong top (kak guna tepong gandum)
10g ice cubes
1 tbsp ovalette
2 tbsp susu manis
1 tbsp coklat paste
2 tbsp serbuk koko

Putar semua bahan kecuali butter, coklat paste dan koko. Guna kelajuan tinggi hingga kembang. Masuk butter guna kaedah kaup balik. Adunan bahagi 2 tapi akak lebihkan adunan asal. Bahagian yang satu lagi campurkan dengan coklat paste dan serbuk koko. Guna loyang 9" atau 10"x7". Bakar suhu 180 darjah C.
Selamat mencuba.


03 December, 2012
Assalamualaikum..............
Dah lama tak bersiaran. Banyak juga kek yang dibuat tetapi terlupa nak ambil gambar. Apa pun mudah2an semuanya sentiasa diberkati dan dirahmat oleh Allah s.w.t. InsyAllah di awal bulan tahun Hijrah ini kita diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala penyakit, rohani dan jasmani.
Sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit cubalah amalkan enam ayat al-Quran di bawah ini:-

1. Surat al-Tawbah: 14
2. Surah Yunus: 57
3. Surah al-Nahl: 69
4. Surah al-Isra': 82
5. Surah al-Syu'ara: 80
6. Surah al-Fussilat: 44

Rujukan: Buku Indahnya hidup bersyariat- Dato' Ismail Kamus dan Mohd.Azrul Azlen Ab. Hamid
02 October, 2012
Assalamualaikum..............

Check-List Puasa Sunat 2012-2013
Ramadan beransur pergi. Asalnya status puasa sepanjang bulan mulia Ramadan adalah wajib, kini haram pula berpuasa pada hari pertama Syawal. Namun ibadah puasa tidak terhenti sekadar itu sahaja, bahkan ada beberapa puasa sunat yang dapat dilakukan sepanjang tahun sebelum tiba Ramadan berikutnya.

Puasa Sunat                                                                                                  Tarikh

Puasa Enam                                                                                    20 Ogos-16 September 2012
Puasa mana-mana enam hari Syawal kecuali 1 Syawal

Puasa 1-8 Zulhijah                                                                           17-24 Oktober 2012

Puasa Hari Wuquf (Bagi mereka yang tidak menunaikan haji)           25 Oktober 2012

Puasa 1-9 Muharam                                                                         15 Oktober-23 November 2012

Puasa Hari Asyura (Pada 10 Muharam berserta hari sebelumnya)     23-24 November 2012

Puasa hari Isnin dan Khamis                                                           Mana-mana hari isnin dan khamis                                              
                                                                                                           kecuali: Hari tasyrik 13 Zulhijah: 29
                                                                                                           Oktober, 2012. Hari syak 30
                                                                                                           Syaaban: 7 Julai 2013

Puasa Hari Putih (Pada 13,14 dan 15 hari bulan setiap bulan hijrah  

Puasa Sunat Rejab

Puasa Sunat Syaaban

Rujukan; Solusi isu no. 47.  Puasa sunat ini sama sahaja tiap-tiap tahun cuma tarikhnya berubah.
28 September, 2012
KAKI, ADAKAH AURAT? 

Kaki, anggota yang membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat kita pijak, beralas atau tidak. Kaki juga akan bersuara mewakili kita yang bisu saat disoal tentang amal perbuatan di dunia. Namun ramai antara kita yang terlepas pandang, adakah kaki wanita itu aurat?
Berdasarkan pendapat mazhab, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat. Hanya pendapat Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki bukan aurat.
Takwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah s.w.t. ini. Tepuk dada, tanya iman. Jika iman masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal.

(Rujukan fiqah wanita - Husna Hassan -Solusi isu no.38).
Saya hanya mengambil sebahagian sahaja petikan ini. Sekiranya berminat hendak membacanya bolehlah membeli majalah ini yang banyak lagi pengajaran dan ingatan yang boleh kita jadikan panduan dan memperbetulkan sikap dan akhlak kita selama ini. Wassalam.

14 September, 2012
PELIHARA KUCING, HINDARI DOSA
Dalam isu kali ini, penulis hanya memfokuskan perbuatan yang boleh mengganggu atau menyusahkan jiran iaitu memelihara kucing. Hukum memelihara kucing adalah harus. Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan "nafkah zahir dan batin" kucing peliharaannya. Ia seperti keperluan makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan. Tidak cukup dengan itu, dosanya bertambah apabila menganggu ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.

Menjadikan kucing peliharaan kita menjadikan pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah sebagai "tandas rasmi" adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing peliharaan kita bebas keluar dan masuk ke rumah jiran "tanpa izin" sehingga menyebabkan jiran terganggu juga satu dosa besar. Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya mengalir ke halaman rumah jiran dan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dalam perbuatan menyusahkan jiran.

Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara kucing, tetapi dia teramat gemar memberi makanan kepada kucing-kucing liar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar "berkampung" di sekitar rumah-rumah jiran, juga dianggap satu dosa sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu.

Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan memikul dosa-dosa ini, tetapi manusia yang melakukan perbuatan inilah yang bakal menanggung segalanya. Kucing tidak mukalaf kerana tidak berakal, tetapi amat malang apabila tuan kepada kucing tersebut yang merupakan seorang manusia berakal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk berwaspada terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat perbuatan menyusahkan jiran.

Namun artikel ini bukan menjelaskan bahawa haram memelihara kucing, bahkan ia merupakan hobi atau minat yang sangat mulia. Penulis hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar sentiasa peka dengan pesanan-pesanan Rasullullah s.a.w.
(Rujukan hadis oleh Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang- Solusi isu no.44)
Kek Lapis Batik Kenyalang untuk hantaran. Terima kasih Mala.
03 September, 2012

Red Velvet Cream Cheese Cupcakes
Ambil dari blog idaddapur blogspot.com. Resepi dari Joy of baking. Minta izin salin semula resepinya.

Red velvet Joy of Baking
250g tepong kek - kak guna tepong superfine
1/2 sk garam
15g @ 2 sdb serbuk koko  (semua diayak bersama)
113g butter
300g gula castor
2 biji telor A
1 sdk vanila
240ml buttermilk
2 sdm pewarna merah
1 sdk cuka
1sdk soda bikarbonat

1. Gula dan butter pukul hingga lembut. Masuk telor  sebiji demi sebiji dan terus pukul hingga gebu. Masuk esen vanila.
2. Dalam cawan, buttermilk campur pewarna merah. Kacau sebati.
3. Perlahankan mixer masuk tepong selang seli dengan buttermilk lebihkurang 3 x. Mula dengan tepong dan akhir pun dengan tepong.
4. Dalam mangkok kecil campurkan soda dan cuka hingga berbuih. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan, kaup balik.
5. Bakar dalam suhu 170 djh C dalam 1 jam. Kak zai buat cupcakes aje.

Cara buttermilk:
1 tbsp cuka campur 240ml susu segar. Biarkan 10 minit.

Resepi cream cheese
227g cream cheese
227g mascarpone 
115g gula castor
360ml whip cream
susu segar sedikit 1 tsp vanila
Pukul keju hingga lembut. Masuk vanila dan gula, terus pukul.
Masuk whip cream sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

Selamat bertunang kepada anak saudara saya Eddy Rohaizat.