20 March, 2012
Assalamualaikum.....................
Hari ini saya nak bercerita mengenai buku " Indahnya hidup bersyariat". Buku panduan fardu ain lengkap bergambar. Buku ini bermanfaat untuk kehidupan manusia kerana ianya sebuah buku lengkap untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini untuk menuju ke alam akhirat. Panduan menjalani kehidupan mengikut syariat dari hari kita lahir hingga saatnya kita meninggalkan dunia ini. Semuanya dalam satu buku.
Kita ikuti kata penerbit buku ini: Cuba anda tunjukkan sebuah modul yang boleh menjadi panduan  dalam menjalani kehidupan seharian anda? Kita ini dicipta oleh Allah SWT. Maka sudah tentulah Allah yang menyediakan peraturan hidup kita. Panduan hidup yang disediakan oleh Allah SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya merupakan fardu ain(menjadi kewajipan ke atas semua orang - lelaki dan wanita). Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya.
Buku ini ialah untuk kegunaan seisi rumah. Buku ini merupakan sebuah buku fardu ain dan fardu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu dari zaman anak-anak, alam remaja, hidup berkeluarga, bermuamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian.
Selamat membaca dan beramal.
07 March, 2012
Nak kurus...Memang semua orang nak badan cantik macam model. Tetapi yang paling penting ialah kesihatan. Tea4life bermanfaat untuk membersihkan usus dan membuang benda-benda yang berkarat di dalam usus kita. Cubalah minum teh ini, untuk kesihatan kita dan dalam masa yang sama boleh mengempiskan perut dan menjadi lebih slim. Ibu saya telah minum teh ini dan dia rasa lebih ringan, perut dah semakin kempis, nak buang air pun senang, nak buang angin aje kata dia. Saya pernah juga minum air teh jenis lain, tetapi asyik nak buang air aje. Dengan minum teh ini Isyallah tidak akan berlaku hal sebegini.
Dalam satu kotak ada 30 uncang berharga rm60.00 (harga ahli). Uncang direndam dalam secawan air dalam 5 minit. Lepas itu uncang teh boleh disimpan dalam peti sejuk. Selagi ada warna dan rasa ianya masih boleh digunakan. Jadikanlah sebagai minuman harian.
Kalau nak lagi cepat turun berat badan anda boleh minum bersama Nutrastart. Ianya perasa coklat dan boleh ditambah dengan buah2an dan quarker oat. Sesiapa yang tak boleh kawal makan elok sekali ambil nutrastart ini kerana ianya mengenyangkan. 

Sesiapa yang berminat boleh tel saya ditalian 0197741234.
Kek Carrot 



Kek marble 



Brownies cheese 
21 February, 2012
Chocolate moist
Nak cuba buat. Ini resepinya. Saya ambil dari ovenkecil.blogspot. Resepi asal dari bestmoistchocolatereceipe.com. Terima kasih naz. Boleh tambah koleksi kek coklat. Saya tak letak topping sebab yang suka makan tak ada kat rumah. Saya pula lebih suka makan macam ni aje.

2 cawan tepong gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbok koko hershey (saya guna koko biasa aje)
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telor A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (1 sdb cuka @ jus lemon + satu cawan susu segar @ susu cair. Biarkan 5 minit)
1 cawan minyak 
11/2 tsp vanila
1 cawan air mendidih

1. Campurkan semua bahan kecuali air mendidih.
2. Putar kelajuan sederhana dalam 1 minit, masuk air mendidih. Terus putar hingga sebati.
3. Guna loyang 7x7 @ 8x8. 

Sejuknya..... Baru lepas mandi. Sedapnya tidur.

Selamat bahagia dan sejahtera. Hidup yang sihat dan gembira siapa yang tak nakkan. Kena lah berusaha untuk mendapatkannya, dan sekiranya diizinkan oleh Allah maka berbahagialah kita. Sekiranya tidak, bersyukur kerana sakit juga menunjukkan Allah sayangkan kita.
4life transfer factor bukan ubat. Ia adalah booster untuk meningkat imuniti badan untuk melawan penyakit. Saya hanya hendak berkongsi maklumat dan bukan hendak memaksa sesiapa untuk membeli. Tidak semua penyakit boleh sembuh dengan hanya memakan produk 4life. Semuanya dengan keizinan Allah. Allah yang memberi kita kesihatan dan penyakit. Tetapi kita perlu berusaha dan sekiranya kita tidak mencuba kita tidak tahu samada ianya sesuai ataupun tidak. 
Ada seorang kawan yang mengidap sakit kepala berbelas tahun lamanya. Dah puas berubat ke sana sini. Hospital, klinik semua dah cuba. Tapi belum jodoh lagi untuk sembuh. Setelah mencuba 4life transfer factor, alhamdullillah sakitnya telah berkurangan.Semuanya dengan kehendakNya jua. Ramai yang telah mencuba produk ini dan ternyata ia berkesan. Boleh lihat blog dapurkakjee (upline saya) untuk lebih mengetahui berkenaan produk ini. Kalau sesiapa yang berminat boleh hubungi saya ditalian 0197741234. Boleh dapat dengan harga ahli.
"Kita berusaha, merancang dan berdoa tapi Allah yang menentukan"



Assalamualaikum....
Kini di pasaran buku islamik dan ilmiah yang berfaedah untuk anak-anak kita yang semakin membesar dan meningkat remaja. Bagus juga untuk ibubapa supaya boleh mendidik dan memahami kehendak anak-anak dengan cara islam. Mudah-mudahan anak-anak kita sentiasa berada di jalan yang lurus, jalan yang diredhai Allah dan menjadi anak yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. InsyAllah. Lebih berkat rezeki yang Allah berikan kita guna untuk membeli buku-buku sebegini daripada membuang duit membeli buku-buku atau majalah hiburan. Belilah juga majalah solusi yang sangat berguna dan berfaedah untuk terus mengingatkan kita supaya tidak lalai dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Amin.....
31 January, 2012
Kek pisang ada dua size. Harga yang sama
Size 9"x9" - tinggi sedikit

Size 10x10 - rendah sedikit
Terpulang dengan pilihan masing-masing.
30 January, 2012
Doa Nabi Ibrahim
Hampir kesemua rasul mempunyai doa yang direkod dalam al-Quran. Nabi Ibrahim adalah antara nabi yang mempunyai banyak doa yang dicatatkan dalam al-Quran.
Doa Nabi Ibrahim mendapatkan keluarga yang mulia, bijak, taat dan selamat di akhirat.
Bahasa Arabnya rujuk Surah Ibrahim 14:40-41). Maksudnya: Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, Berilah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

Doa apabila menghadapi tekanan atau stres
Doa ini adalah kalimat terakhir Nabi Ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api
"Hasbunallah wa ni' mal wakil" Maksudnya: Cukuplah Allah (sebagai penolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (kepada segala urusan kami). Suran Ali 'Imran 3:173). 
(Solusi isu no. 22)
Ayat ini ialah peluru terakhir para pejuang Islam. Ungkapan yang penuh makna tersirat ini terkeluar dari mulut hamba-hamba Allah yang mempunyai iman yang teguh, pada saat yang getir dan dikelilingi pelbagai ancaman. 
Musuh pada zaman moden kini pastinya lebih hebat dan canggih peralatan mereka. Mereka melakukan serangan dari segenap penjuru termasuklah serangan pemikiran melalui media-media yang dikuasai, serangan ekonomi, persenjataan dan teknologi. Maka dalam situasi ini, setelah siap segala persiapan dan strategi yang disusun rapi, golongan Mukmin perlu sentiasa mencontohi Nabi Ibrahim a.s. dan Rasulluallah s.a.w. yang berbekalkan peluru terakhir kita ; Hasbunallah wa ni' mal wakil. (Hadis- Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang-Solusi isu no. 39).