31 January, 2012
Kek pisang ada dua size. Harga yang sama
Size 9"x9" - tinggi sedikit

Size 10x10 - rendah sedikit
Terpulang dengan pilihan masing-masing.
30 January, 2012
Doa Nabi Ibrahim
Hampir kesemua rasul mempunyai doa yang direkod dalam al-Quran. Nabi Ibrahim adalah antara nabi yang mempunyai banyak doa yang dicatatkan dalam al-Quran.
Doa Nabi Ibrahim mendapatkan keluarga yang mulia, bijak, taat dan selamat di akhirat.
Bahasa Arabnya rujuk Surah Ibrahim 14:40-41). Maksudnya: Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, Berilah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

Doa apabila menghadapi tekanan atau stres
Doa ini adalah kalimat terakhir Nabi Ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api
"Hasbunallah wa ni' mal wakil" Maksudnya: Cukuplah Allah (sebagai penolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (kepada segala urusan kami). Suran Ali 'Imran 3:173). 
(Solusi isu no. 22)
Ayat ini ialah peluru terakhir para pejuang Islam. Ungkapan yang penuh makna tersirat ini terkeluar dari mulut hamba-hamba Allah yang mempunyai iman yang teguh, pada saat yang getir dan dikelilingi pelbagai ancaman. 
Musuh pada zaman moden kini pastinya lebih hebat dan canggih peralatan mereka. Mereka melakukan serangan dari segenap penjuru termasuklah serangan pemikiran melalui media-media yang dikuasai, serangan ekonomi, persenjataan dan teknologi. Maka dalam situasi ini, setelah siap segala persiapan dan strategi yang disusun rapi, golongan Mukmin perlu sentiasa mencontohi Nabi Ibrahim a.s. dan Rasulluallah s.a.w. yang berbekalkan peluru terakhir kita ; Hasbunallah wa ni' mal wakil. (Hadis- Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang-Solusi isu no. 39).
29 January, 2012

Assalamualaikum....
Doa mustajab atau terhijab?
Berdoalah....Allah itu Maha Mendengar
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita  sembunyikan. 
Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisiNya. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t.  Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.
Dan Allah berfirman yang bermaksud:"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesunguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina." (Surah Ghafir 40:60). (Isu -Pahrol Mohamad Juoi- Solusi isu no.22).
28 January, 2012
Blueberry cheese tart, oreo cheese tart, tart nenas dan biskut dahlia.

Terima kasih kepada Noor Masri yang telah memberi resepi tart nenas yang sumbernya diambil dari Maizana Forum Cari dan biskut dahlia. Biskut dahlia ini saya pernah buat yang diambil dari blog Tiffin Biru. Terima kasih En. Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi ini dan juga Noor Masri. Di bawah ini resepi yang saya tulis semula. Kalau hendak yang asal boleh lah melayari blog dapur-digital.blogspot.com.

 Tart nenas
1 kg tepong gandum cap sauh
625g butter (21/2 buku @ 500g mentega dan 125g majerin planta)
4 biji kuning telor dan 1 biji putih telor
1/2 sdt garam halus
15-20g gula icing
1 sdt esen vanila dan sedikit pewarna kuning
Untuk sapuan : 1 biji kuning telor dan pewarna kuning. Campur 1/2 sdk air dan kacau sebati.

1. Campurkan telor, garam, esen vanila dan pewarna. Pukul sedikit biar sebati.
2. Dalam mangkok lain gaul butter, gula, tepong gandum hingga menjadi serbuk roti. Masuk kan bahan no. 1 dan gaul rata dan sebati hingga menjadi doh.
3. Kalau adunan keras yakni gulungan tart putus-putus tambahkan butter ckit.

Resepi biskut dahlia
300g butter 
160g gula halus
100g tepong jagung*
160g tepong kastad*
240g tepong gandum* Semua* diayak bersama
2 biji kuning telor
1sdt esen vanila

1. Pukul butter dan gula hingga berkrim. Masuk kuning telor dan esen vanila. Putar hingga kembang. Perlahan kan speed masuk tepong. Gaul hingga menjadi doh.
2. Bentukan dengan acuan biskut dahlia. Bakar 170 darjah celcius.

Assalamualaikum....
Mengucup tangan ketika bersalaman...
Alhamdullillah, perlakuan mencium tangan ketika bersalaman sejajar dan bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w. yang mulia. Amat wajar untuk orang muda mempraktikkan amalan tersebut terhadap orang dewasa dan begitu juga, amat dituntut seorang anak mencium tangan ibu bapa sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.  Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Apabila Sayidatina Fatimah r.h.a. mendapati Nabi s.a.w. masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan Baginda s.a.w. dan terus menciumnya." (Riwayat Abu Daud no. 5217).
Ibu bapa juga dianjurkan mencium anak dan juga tangan mereka. Sayidatina Fatimah r.h.a. apabila masuk bertemu Rasulullah s.a.w., Baginda s.a.w. terus berdiri dan mengambil tangan puterinya, lantas menciumnya serta duduk bersamanya dalam satu majlis. (Riwayat al-Tarmizi no. 3872). Harapan kita supaya, ibu bapa perlu juga mencium tangan anak mereka demi menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. yang telah pun mati pada akhir zaman. Mari kita sama-sama juga mengamalkan budaya yang kian pudar ini dalam kalangan kita iaitu mencium tangan orang soleh, para ulama, orang yang lebih dewasa daripada kita, bahkan sesama kita. Perbuatan tersebut telah pun dipraktikkan oleh mereka yang telah dijamin syurga oleh Nabi s.a.w. iaitu para sahabat beliau. (Amali fiqah- Solusi isu no.39)
23 January, 2012



Kek pisang dan baulu besar sesuai untuk majlis kenduri, perkahwinan untuk desert table.
22 January, 2012
Chocolate slice cake-potong 36 slice
Ada juga ala-ala opera cake -slice cake perasa kopi
dan fresh fruit slice cake. Sesuai untuk parti harijadi, perkahwinan dll.
slice cake 16 slice - Filling blueberry. 
Nak letak filling strawberry, mango, kiwi boleh juga. 
Size 10"x10". 36 slice @ 16 slice

19 January, 2012
PROMOSI BULANAN
Ini promosi untuk bulan Januari. Kuatkuasa mulai 1/1/2012 hingga 31/1/2012.  Barangan promosi dibawah hanya untuk ahli2 sahaja. Mereka yang tidak ahli boleh beli tetapi tambah RM30 dan terus boleh jadi ahli.



PRODUK TF

Kurangkan berat badan, Kolestrol dan Glukos. Selain itu ia berfungsi membersihkan usus dan melawaskan buang air besar dan juga kencing. Ia produk anti-bakteria dan Anti-Oksidan.
Harga RM72 



Produk Belle Vie sangat sesuai untuk wanita. Tidak kira yang masih dara ataupun sudah berkahwin. Ia boleh menseimbangkan paras hormon, menyempurnakan kitaran haid, mengelakkan senggugut serta mengalakkan kesuburan. Turut membantu menyihatkan payu dara, membuang toksin dalam badan, mengatasi kelesuan, melambatkan proses penuaan, meningkatkan hubungan kelamin, mengatasi masalah jerawat.

Harga Ahli RM197



Masalah diabetes? Cubalah set Glucoach. Ia membantu merendahkan guloksa plasma dalam kedua-dua Diabetes Jenis 1 & 2, menambah penghasilan insulin, mengubah kadar penyerapan gula di dalam darah dan mengubahsuai pergerakan selular glukosa. Harus makan bersama 4Life Vitamins & Minerals. Untuk kesan lebih cepat digalakkan juga mengambil produk2 ini bersama Tea4Life.

Harga Ahli RM220 (untuk kedua2 botol)






Masalah penyakit jantung? Set 4Life Cardio mengekalkan jantung dan saluran darah yang sihat, meningkatkan pengepaman jantung, melindungi jantung dan arteri dari kerosakan berpunca dari oksidasi, mengekalkan tahap kolestrol yg sihat, membantu saluran darah mengendur, menurunkan tahap CRP and Homocysteine, menimbangkan tekanan darah, mengajar sistem imun melindungi jantung dari jangkitan. Harus makan bersama 4Life Vitamins & Minerals.

Harga ahli RM220



Male Pro adalah jawapan kepada masalah2 berkaitan lelaki. Ia MENGELAKKAN kanser prostat, membantu sistem reproduktif, membantu fungsi pundi kencing (masalah kerap kencing atau kencing tak lawas), menguatkan sistem imun, menyediakan perlindungan anti-oksidan, menghilangkan kelesuan dan meningkatkan...ehem...ehem. Wahai lelaki, kalau tak percaya, cubalah!

Harga Ahli RM250






Produk ini meningkatkan sistem imun sebanyak 283 % untuk melawan, menyembuh atau meredakan penyakit seperti asma, resdung, alahan, kencing manis jenis 1, Lupus, sendi, gout, psoriasis, ekzema, multiple sclerosis, Leukimia, masalah saraf.

Harga ahli RM169



Produk Transfer Factor Plus, dapat meningkatkan sistem imun sebamyak 437% untuk melawan jangkitan (bakteria, virus, kulat), Kanser, Ketumbuhan, Ulser Diabetes, Hepatitis, Endometriosis, HIV, Cyst, Buasir, Jerawat.
 

Harga Ahli RM232



Membantu dan menyokong fungsi kardiavaskular, penghadaman, saluran kencing dan sistem immun. Turut bantu tingkatkan kadar tenaga. Diambil bersama Transfer Factor Plus untuk pesakit kanser. Tidak boleh diambil oleh pesakit Diabetes.

Harga ahli RM249 (1 set 2 botol)



Sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan juga bayi. Membantu mencegah daripada penyakit seperti selsema, batuk dan juga demam. Sama kekuatan seperti Transfer Factor Advance tetapi dalam bentuk yang mudah dikunyah. Dapat membantu menguatkan daya fikir (IQ) dan daya immun.


HARGA AHLI RM173



*Produk ni bila-bila masa boleh diminum untuk menggantikan makanan biasa anda. Sama ada di gantikan dengan sarapan atau makan tengahari atau malam. Sesuai untuk mereka yang tidak dapat mengawal selera makan yang biasa mengambil dengan kuantiti yang banyak atau mereka yang terlalu sibuk bekerja untuk mengambil hidangan boleh digantikan dengan Nutrastart.


Harga Ahli RM134