14 June, 2012
Cheese brownies 9x9
12 May, 2012
Assalamualaikum....
Belajar "Terokai Coklat Bersama Chef Amer" di Oliez Academy.  Terima kasih chef kerana berkongsi banyak maklumat dan minta dihalalkan ilmunya. Terima kasih juga kepada Puan Siti, muga kita dapat berjumpa lagi. InsyAllah.
09 May, 2012
Assalamualaikum...
Bersin dan Menguap, Jadikan ia berpahala...
Siapa yang tidak pernah bersin dan menguap? Mustahil tidak pernah. Namun, pernahkah kita mengambiltahu tentangnya? Namun sebagai seorang Muslim sejati, bersin dan menguap mesti menurut cara Islam. Kedua-duanya mesti dilakukan sebagaimana yang Rasullullah ajarkan. 
Rasullullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya, Allah menyukai akan (perbuatan) bersin dan benci akan (perbuatan) menguap." (Riwayat al-Bukhari).
Nabi s.a.w. berpesan lagi, maksudnya: "Apabila salah seseorang antara kamu bersin, maka hendaklah dia mengucapkan 'Alhamdulillah'."
Seorang sahabat Nabi s.a.w. menceritakan: "Apabila Rasullullah s.a.w. hendak bersin, Baginda meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutup mulut) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin)." (Riwayat Abu Daud). Indahnya perilaku Rasullullah s.a.w. dan cukup menyenangkan sekali. Namun apa agaknya perasaan Baginda jika melihat gelagat umat kesayangannya hari ini bersin? Ada yang bersin dan tersembur-sembur. Ada pula yang sengaja membesarkan "volume" suara ketika bersin. Ada juga yang sengaja mereka-reka bunyi "achoo" dengan cara tersendiri.
Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Menguap adalah daripada syaitan." (Riwayat dari al-Bukhari). Rasullullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Apabila ada sesiapa antara kamu hendak menguap, tahanlah (daripada menguap) dengan sedaya upaya mungkin. Sesungguhnya, apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi 'ha' (bunyi bersin) maka syaitan akan mentertawakannya." (Riwayat al-Bukhari).  Rujukan solusi isu no. 43 (betulkan yang biasa, biasakan yang betul daripada Muhammad Luqman Makhtar).
17 April, 2012
Assalamualaikum....
Chocolate Ice Cream Strawberry Marble Cake dari Chef Tania. Terima kasih chef. Di bawah ini saya lampirkan resepinya. Sesiapa yang hendak mencuba silakan...

250g butter cair + 2 sudu besar minyak jagung
230g gula caster
9 biji kuning telor
7 biji putih telor
1 sdb ovalette
1/2 sdk baking powder
20g strawberry ice cream powder
230 g tepong gandum @ tepong top
1 sdk vanila

1. Mesin semua bahan kecuali butter hingga kembang. Masuk butter cair kaup balik.
2. Bahagi 2. Satu bahagian biar plain. Satu bahagian lagi bahagi 2. Satu campur 1 sdk strawberry paste & pewarna pink dan satu lagi  campur 1sdb coklat emulco dan 1sdb serbuk koko. Tuang dalam loyang 9" selang seli.
2. Bakar 180 darjah celcius selama 45 minit ke 1 jam. 

14 April, 2012
Assalamualaikum.....
Anakku panas baran. Ikuti teknik menangani MARAH menurut pengamal islam:
# Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.
# Jaga pemakanan. Elakkan daripada mengambil makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya berikan mereka kismis mengikut bilangan ganjil samada 7, 14, 21.
# Jaga pergaulan, jangan biarkan anak-anak berada di luar rumah pada waktu senja sehingga Isyak. Ini kerana waktu ini banyak syaitan berkeliaran.
# Bacakan surah al-Soffat, surah al-Jin dan surah Yassin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut untuk melembutkan hatinya.
Untuk mengetahui dan mendalami ilmu lagi berkenaan subjek ini bacalah majalah Solusi isu no.42. Rujuk (hai anak dari Rashidah Mustaffa).
Assalamualaikum....
Kek Coklat dengan krim strawberri. Resepi dari Chef Amer Hamzah dalam Majalah Saji bulan Mac 2012.

Biskut permaisuri vochelle coklat chip.Siapa yang suka pisang tentu menggemari biskut ini. Saya turunkan resepinya yang diambil dari "vochelle kuali recipe Book 1."

Bahan-bahan
120g mentega
120g majerin
220g gula halus
1 cmb jus lemon
kulit lemon yang telah diparut
120g pisang dilecekkan
300g tepong gandum       )
1/2 cmt serbuk penaik     ) diayak
1/2 cmt soda bikarbonat  )
1/4 cmt garam
90g walnut atau pecans dicincang
120g vochelle semi sweet coklat chips

Cara membuatnya,
1. Putar mentega, majerin dan gula hingga ringan dan kembang. Masuk pisang dan dicampur hingga rata.
2. Masukkan bahan kering dan garam kedalam bahan no. 1 dengan mesin yang perlahan. Gaul rata dan    masuk kacang dan coklat chip.
3. Bentukkan adunan dengan sudu teh. Adunan lembik sedikit dan susun jarak kerana adunan akan mengembang apabila dibakar.  Bakar 190 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

20 March, 2012
Assalamualaikum.....................
Hari ini saya nak bercerita mengenai buku " Indahnya hidup bersyariat". Buku panduan fardu ain lengkap bergambar. Buku ini bermanfaat untuk kehidupan manusia kerana ianya sebuah buku lengkap untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini untuk menuju ke alam akhirat. Panduan menjalani kehidupan mengikut syariat dari hari kita lahir hingga saatnya kita meninggalkan dunia ini. Semuanya dalam satu buku.
Kita ikuti kata penerbit buku ini: Cuba anda tunjukkan sebuah modul yang boleh menjadi panduan  dalam menjalani kehidupan seharian anda? Kita ini dicipta oleh Allah SWT. Maka sudah tentulah Allah yang menyediakan peraturan hidup kita. Panduan hidup yang disediakan oleh Allah SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya merupakan fardu ain(menjadi kewajipan ke atas semua orang - lelaki dan wanita). Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya.
Buku ini ialah untuk kegunaan seisi rumah. Buku ini merupakan sebuah buku fardu ain dan fardu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu dari zaman anak-anak, alam remaja, hidup berkeluarga, bermuamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian.
Selamat membaca dan beramal.
07 March, 2012
Nak kurus...Memang semua orang nak badan cantik macam model. Tetapi yang paling penting ialah kesihatan. Tea4life bermanfaat untuk membersihkan usus dan membuang benda-benda yang berkarat di dalam usus kita. Cubalah minum teh ini, untuk kesihatan kita dan dalam masa yang sama boleh mengempiskan perut dan menjadi lebih slim. Ibu saya telah minum teh ini dan dia rasa lebih ringan, perut dah semakin kempis, nak buang air pun senang, nak buang angin aje kata dia. Saya pernah juga minum air teh jenis lain, tetapi asyik nak buang air aje. Dengan minum teh ini Isyallah tidak akan berlaku hal sebegini.
Dalam satu kotak ada 30 uncang berharga rm60.00 (harga ahli). Uncang direndam dalam secawan air dalam 5 minit. Lepas itu uncang teh boleh disimpan dalam peti sejuk. Selagi ada warna dan rasa ianya masih boleh digunakan. Jadikanlah sebagai minuman harian.
Kalau nak lagi cepat turun berat badan anda boleh minum bersama Nutrastart. Ianya perasa coklat dan boleh ditambah dengan buah2an dan quarker oat. Sesiapa yang tak boleh kawal makan elok sekali ambil nutrastart ini kerana ianya mengenyangkan. 

Sesiapa yang berminat boleh tel saya ditalian 0197741234.
Kek Carrot 



Kek marble 



Brownies cheese