28 April, 2013




Assalamualaikum.... 
Pergi belajar buat biskut dengan Chef Amer. Sebahagian daripada pelajar2nya  yang seramai 35 orang. Alhamdullillah....


Assalamualaikum... Kawaii tak sihat, selsema. 


28 March, 2013
Assalamualaikum..................
Apabila Allah s.w.t. mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah s.w.t. hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah s.w.t menyayangi wanita. Inilah ayat pembuka bicara Majalah Solusi isu no.41 daripada Ketua Editor, Pahrol Mohamad Juoi. Untuk mengetahui ilmu dan mendalaminya seterusnya mengamalkannya bacalah majalah ini yang mana kita tidak akan rugi membelinya. Banyak manfaat untuk kita, untuk sekeluarga juga saling ingat mengingat sesama kita agar kehidupan kita sentiasa di jalan yang betul dan lurus, mengikut yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Kalau setiap bulan kita boleh membeli majalah Saji, apakata kita tambah lagi satu lagi koleksi dengan membeli majalah ini samada isu yang baru atau yang lama, kerana semuanya berfaedah dan boleh diulang-ulang baca untuk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Mana yang salah selama ini kita betulkan, manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. " Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul".


19 March, 2013
Assalamualaikum.... Inilah kemuncaknya bila berada di hadapan kaabah, merenungnya sahaja mendapat pahala. SubhanaAllah... Maha Suci Allah.
  Sekarang ni walaupun kamera masih tidak dibenarkan dibawa masuk tetapi telefon bimbit boleh. Tiada sekatan untuk mengambil gambar di hadapan kaabah, di Raudhah di Masjid Nabawi. Tetapi manusia selalunya lupa bahawa kita berada di tempat yang suci dan mulia. Di depan kaabah untuk mengadap Allah yang Maha Esa. Kalau nak bergambar berpada-pada, kita bukan di tempat pelancongan. Berpeluk-peluk, bersukaria dll.. semata-mata hendak ditunjukkan kepada saudara mara bila balik ke kampong halaman kita. Untuk kenangan? Biarlah kenangan manis tu hanya antara kita dan Allah s.w.t. Wassalam.
Inilah wajah terbaru sekitar Masjidil Haram pada tahun 2018. InsyAllah. Sekarang ini Masjid ini ditutup separuh untuk kerja-kerja pembinaan untuk dibuat dataran dan dipayungi seperti di Masjid Nabawi. Sekiranya anda hendak melihat Masjid ini siap sepenuhnya pergilah selepas tahun 2018.
Sekarang ini pokok kurma sedang berbunga.
Wajah siling di dalam masjidil haram.
Masjid di Laut merah. Kami berhenti di sini sebelum ke  Lapangan terbang Jeddah.

Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allah hamba akan datang lagi, jika sampai ajal hamba maka hamba akan meletakkan kepadanya Syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada sekutu bagiNya, hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya, Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Tuhan seru sekalian alam. Amin....


 
MASJID NABAWI - KAMI DATANG LAGI MENZIARAHI MAKAM RASULLULLAH s.a.w. dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi'. Alhamdullillah- segalah pujian hanya bagi ALLAH.



Inilah Grand Bazaar. Tempat membeli belah. Dua kali kami ke sini.
Kucing di sini semuanya montel-montel, sebab mereka makan hotdog. Teringat kawaii yang kena tinggal lebihkurang 20 hari. kesian dia.
Turkish Delights - manisan. Kena pandai pilih sebab ada yang terlampau manis.
Masa kami pergi ni musim sejuk, baru lepas musim salji. Bunga-bunga pun tak banyak lagi. Pokok pun semua tinggal ranting aje.
Empat hari kami di sini. Perjalanan seterusnya ke Madinah memakan masa 2jam 30. Alhamdullillah.




18 March, 2013

Assalamualaikum..... Alhamdullillah sampai di Turki terus dibawa naik feri untuk pergi ke Bursa. Tidur semalam di sini. Keesokan hari kami pergi ke Istanbul. Antara tempat menarik yang dilawati, Masjid Ayyob Al Ansar, Blue Mosque, Topkapi Palace, Spice Market, Silk Market, Grand Mosque, Grand Bazaar, Masjid Sultan Sulaiman.

Sarapan pagi di hotel. Makanan Turki mesti ada buah zaiton dan cheese.

Masjid biru. Sempat bersembahyang jumaat di sini. Alhamdullillah.

Topkapi Palace. Muzium yang menempatkan barang-barang berharga peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. seperti janggut Baginda dan pedang Nabi s.a.w. dan para sahabat.


Naik cruise, ini di sebelah atas yang sangat sejuk. Yang tak tahan sejuk boleh duduk di bawah tempat tertutup.


10 January, 2013

Kek Pisang

04 January, 2013

Assalamualaikum.....
Resepi tiramisu ni kak zai ambil dari blog Ricke. Terima kasih ya. Sesiapa yang hendak mencubanya kak zai salinkan resepinya di bawah ini. Minta izin ya Ricke...

Kek span coklat 3 bahagian - 1 cm setiap satu = kak zai guna biskut lady finger
Syrup kopi - 1 sdm kopi segera
                     150ml air
                     1 sdm gula pasir
Didihkan air masuk kopi dan gula. Sejukkan.

Tiramisu mousse
250g mascarpone cheese - kak zai guna Philadelphia cream cheese
1 sdt vanila
50g gula
250ml whip cream

1. Pukul cheese hanya sampai lembut sahaja dan tidak bergentel. Tidak usah lama2. Ketepikan.
2. Pukul whip cream dan gula dengan mixer sampai kembang dan kaku. Masuk vanila dan 3 sdm syrup kopi. Gaul rata.
3. Campurkan whip cream dengan cheese sedikit2 sambil di kacau perlahan (guna kelajuan paling rendah).
4. Loyang yang boleh diangkat letak selapis kek, dibasahi dengan syrup. Kek lebih kecil dari loyang. Susun biskut di keliling loyang. Sapu 1/3 bhg tiramisu mousse ke atas kek. Ulang sampai habis.
5. Masuk peti sejuk 4-5 jam @ 24 jam. Ayak serbuk koko dan beri taburan coklat hitam dan putih.

Selamat mencuba.....