28 September, 2012
KAKI, ADAKAH AURAT? 

Kaki, anggota yang membawa kita menjelajah dunia. Merata-rata tempat kita pijak, beralas atau tidak. Kaki juga akan bersuara mewakili kita yang bisu saat disoal tentang amal perbuatan di dunia. Namun ramai antara kita yang terlepas pandang, adakah kaki wanita itu aurat?
Berdasarkan pendapat mazhab, jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat. Hanya pendapat Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki bukan aurat.
Takwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah s.w.t. ini. Tepuk dada, tanya iman. Jika iman masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal.

(Rujukan fiqah wanita - Husna Hassan -Solusi isu no.38).
Saya hanya mengambil sebahagian sahaja petikan ini. Sekiranya berminat hendak membacanya bolehlah membeli majalah ini yang banyak lagi pengajaran dan ingatan yang boleh kita jadikan panduan dan memperbetulkan sikap dan akhlak kita selama ini. Wassalam.

14 September, 2012
PELIHARA KUCING, HINDARI DOSA
Dalam isu kali ini, penulis hanya memfokuskan perbuatan yang boleh mengganggu atau menyusahkan jiran iaitu memelihara kucing. Hukum memelihara kucing adalah harus. Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan "nafkah zahir dan batin" kucing peliharaannya. Ia seperti keperluan makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan. Tidak cukup dengan itu, dosanya bertambah apabila menganggu ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.

Menjadikan kucing peliharaan kita menjadikan pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah sebagai "tandas rasmi" adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing peliharaan kita bebas keluar dan masuk ke rumah jiran "tanpa izin" sehingga menyebabkan jiran terganggu juga satu dosa besar. Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya mengalir ke halaman rumah jiran dan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dalam perbuatan menyusahkan jiran.

Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara kucing, tetapi dia teramat gemar memberi makanan kepada kucing-kucing liar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar "berkampung" di sekitar rumah-rumah jiran, juga dianggap satu dosa sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu.

Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan memikul dosa-dosa ini, tetapi manusia yang melakukan perbuatan inilah yang bakal menanggung segalanya. Kucing tidak mukalaf kerana tidak berakal, tetapi amat malang apabila tuan kepada kucing tersebut yang merupakan seorang manusia berakal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk berwaspada terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat perbuatan menyusahkan jiran.

Namun artikel ini bukan menjelaskan bahawa haram memelihara kucing, bahkan ia merupakan hobi atau minat yang sangat mulia. Penulis hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar sentiasa peka dengan pesanan-pesanan Rasullullah s.a.w.
(Rujukan hadis oleh Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang- Solusi isu no.44)
Kek Lapis Batik Kenyalang untuk hantaran. Terima kasih Mala.
03 September, 2012

Red Velvet Cream Cheese Cupcakes
Ambil dari blog idaddapur blogspot.com. Resepi dari Joy of baking. Minta izin salin semula resepinya.

Red velvet Joy of Baking
250g tepong kek - kak guna tepong superfine
1/2 sk garam
15g @ 2 sdb serbuk koko  (semua diayak bersama)
113g butter
300g gula castor
2 biji telor A
1 sdk vanila
240ml buttermilk
2 sdm pewarna merah
1 sdk cuka
1sdk soda bikarbonat

1. Gula dan butter pukul hingga lembut. Masuk telor  sebiji demi sebiji dan terus pukul hingga gebu. Masuk esen vanila.
2. Dalam cawan, buttermilk campur pewarna merah. Kacau sebati.
3. Perlahankan mixer masuk tepong selang seli dengan buttermilk lebihkurang 3 x. Mula dengan tepong dan akhir pun dengan tepong.
4. Dalam mangkok kecil campurkan soda dan cuka hingga berbuih. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan, kaup balik.
5. Bakar dalam suhu 170 djh C dalam 1 jam. Kak zai buat cupcakes aje.

Cara buttermilk:
1 tbsp cuka campur 240ml susu segar. Biarkan 10 minit.

Resepi cream cheese
227g cream cheese
227g mascarpone 
115g gula castor
360ml whip cream
susu segar sedikit 1 tsp vanila
Pukul keju hingga lembut. Masuk vanila dan gula, terus pukul.
Masuk whip cream sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

Selamat bertunang kepada anak saudara saya Eddy Rohaizat.