19 July, 2012


Kek Keju Mummy ...ambil resepi dari Majalah Saji Julai 2012
Nak resepi boleh tel kak zai. Malas nak salin resepi..


Ini guna sponge mix aje. Bekas muffin dan cupcake comel-comel ni. Untuk makan-makan.
02 July, 2012

Chocolate Ice Cream Strawberry Marble Cake
Assalamualaikum.....
Resepi diambil dari Blog Citarasawan. Terima kasih.k1. Kak zai salin resepinya ya....
Biskut Almond Beauty
Bahan A: 200g butter   50g shortening     150g gula
Bahan B: 40g putih telor
Bahan C: 270g tepong gandum  70g self raising     1/2 sdt baking powder     1/4sdt emplex   10g koko
Hiasan: Coklat putih dan badam cincang

1. Pukul bahan A hingga ringan. Masuk putih telor pukul sebati.
2. Masuk bahan C hingga menjadi doh. Rehatkan selama 2 jam.
3. Masuk doh dalam piping bag picit guna nozel no. 4ft bergerigi dan tekan atas dulang pembakar.  (kak zai bentuk sendiri saje, sebab tu tak cantik macam k1 punya).
4. Bakar suhu 150 dcelcius selama 15-20 minit. Sejukkan.
5. Setelah biskut sejuk celup dalam coklat putih dan golek atas badam cincang. Kak zai golek atas coklat rice juga sebab anak tak suka badam. 
Selamat mencuba. Untuk resepi lebih terperinci masuklah ke blog Citarasawan.