27 June, 2012
Resepi biskut ini saya ambil dari dapur kak jee. Menurut kata kak jee beliau ambil resepi ini dari blog mytouch-miza. Memang sedap biskut ini. Terima kasih kepada kedua-duanya yang tidak lokek berkongsi resepi. Saya juga akan buat satu lagi biskut yang resepinya saya ambil dari blog siapa lagi kalau bukan blog kak jee. Tunggu ya.....
Saya minta izin salin semula resepinya:
BISKUT CORNFLAKES BADAM RANGUP

13/4 cawan tepong gandum
1/4 cawan tepong jagung
3/4 sdt baking powder @ 1/2 sdt
21/2 cawan cornflakes-ramas atau lenyek dengan lesong batu
3 sdb badam hancur. Bakar dalam oven dalam 5 minit (saya tak buat terus masuk aje)
150g butter
3/4 cawan gula castor
1 biji kuning telor (saya guna telor size B)
1/2 cawan cornflakes ramas dengan tangan - untuk golek biskut

1. Butter dan gula pukul hingga putih. Masuk kuning telor. Gaul lagi.
2. Masuk tepong yang dah dicampur b.p, badam hancur, dan cornflakes.
3. Adunan agak lembik. Bulatkan dan golek ke atas cornflakes yang diramas dengan tangan tadi.
4. Bakar suhu 170 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak.

Biskut ini resepinya saya ambil dari blog Citarasawan. Terima kasih Wan. Izinkan kak zai salin semula resepinya.
 Strawberry Red Velvet Cookies
Bahan A
260g butter
40g shortening
140g gula castor
1/4 tsp soda bikarbonat
1 tsp pes strawberry
1/2 tsp pewarna merah
Bahan B
60g nestum kisar halus
60g serbuk badam/hazel
Bahan C
50g tepong jagung
20g tepong kentang
300g tepong gandum
Hiasan: Kuning telor dan manik berbentuk love

1. Sebatikan bahan A. Dah gaul rata masuk bahan B. Last masuk bahan C.
2. Canai bentuk love, sapu kuning telor dan letak manik. Lorek dengan Coklat putih.
3. Suhu 140 darjah C selama 25 minit.



25 June, 2012
Assalamualaikum....
Nak resepi... Di bawah ini saya sertakan resepi yang diambil dari blog kak jee. Resepi asalnya dari tiffin biru (Dapur tanpa sempadan). Terima kasih pada kak jee dan En. Mat Gebu.

Dried Cranberry Pound Cake
180g butter
140g gula perang
2 biji telor A
220g tepong
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
120g dried cranberry/fresh blueberry atau kedua-duanya
100 ml susu segar/susu cair
1 sk vanila atau oren

1. Panaskan oven 170oC .
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor satu persatu.
3. Mix fruits gaul dengan tepong.
4. Perlahankan mixer, masuk tepong selang seli dengan susu. 
5. Acuan kek 8". Bakar dalam 45-50 minit.

Saya buat satu adunan dan dibahagi dua loyang kecil. Satu saya tabur di atasnya badam dan satu lagi tabur dengan coklat chip.

Selamat mencuba....               

18 June, 2012
ASSALAMUALAIKA YA RASULALLAH

Fizikal Rasulullah s.a.w.

Abu Hurairah meriwayatkan:" Kulit Rasullullah s.a.w. putih bersih seolah-olah Baginda tercipta daripada perak. Baginda juga memiliki rambut yang indah dan rapi." (Riwayat al-Tarmizi).
(Solusi isu no. 44)

Andai Rasullullah masih ada
Semerbaklah haruman Baginda
Setiap jiwa ingin bersamanya
Nur Muhammad terus bercahaya

(Antara bait-bait lagu dari CD Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidon)



Assalamualaikum.....
Di dalam majalah solusi isu no. 44 "Amar Makruf Nahi Mungkar" saya tertarik di ruangan fiqah amali yang bertanyakan soalan 'Sanggul Bonggol Unta'. Sama-sama kita hayati dan memperbaiki apa yang tersilap selama ini.
Pertanyaan: Wanita sentiasa suka mengikut perkembangan semasa dalam  berhias sehingga tanpa sedar mengorbankan agama sendiri. Budaya sanggul tinggi walaupun bertudung, sudah digemari ramai wanita islam. Dalam kalangan ustaz pun terdapat perbezaan pendapat. Semoga pihak ustaz dapat membantu menguraikan kekeliruan ini.

Jawapan: Merujuk kaedah fiqah "hukum asal sesuatu perkara adalah harus", maka harus selagi tiada unsur yang bertentangan dengan syariat dilakukan.
Trend sanggul tinggi ini mula digemari masyarakat kita kebelakangan ini. Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ilmuwan islam berkenaan masalah ini. Kembali kepada kaedah fiqah di atas, maka keharusan sanggul ini dibolehkan kepada Muslimah dengan syarat tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi seterusnya boleh menimbulkan syahwat terutamanya lelaki yang lemah iman dan ditimpa penyakit hati. Bersanggullah setinggi mana sekalipun, tetapi biarlah untuk suami tersayang, ketika bersama mahram dan wanita atau di tempat tertutup yang tiada lelaki ajnabi.
Mafhum sabda Baginda s.a.w.: Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya kerana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh." (Riwayat Muslim no. 2128).  Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya Sharh Sahih Muslim, makna "kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta" ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban, kain-kain lilitan yang lain atau seumpamanya. 
Sehubungan dengan itu, disarankan kepada mereka yang berambut panjang agar membuat sanggul pada paras leher, mengikat atau dibiarkan lepas disebalik tudung. Jika tidak mahu, mungkin boleh dipotong sedikit agar kurang panjangnya.
Sesungguhnya wanita yang paling selamat dunia dan akhirat ialah wanita yang bertakwa dalam urusan agamanya. Sungguh, kita amat memuji kesungguhan sebahagian Muslimah yang tidak terkesan dengan trend fesyen tudung dan pakaian terkini, yang menutup aurat tetapi masih menarik perhatian lelaki ajnabi.
Wanita muslimah yang bertakwa akan istiqamah mematuhi syariat dan menutup fitnah. Beruntunglah bapa atau suami yang memiliki anak perempuan atau isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita yang solehah. Tahniah buat Muslimah Sejati.
14 June, 2012
Cheese brownies 9x9