17 April, 2012
Assalamualaikum....
Chocolate Ice Cream Strawberry Marble Cake dari Chef Tania. Terima kasih chef. Di bawah ini saya lampirkan resepinya. Sesiapa yang hendak mencuba silakan...

250g butter cair + 2 sudu besar minyak jagung
230g gula caster
9 biji kuning telor
7 biji putih telor
1 sdb ovalette
1/2 sdk baking powder
20g strawberry ice cream powder
230 g tepong gandum @ tepong top
1 sdk vanila

1. Mesin semua bahan kecuali butter hingga kembang. Masuk butter cair kaup balik.
2. Bahagi 2. Satu bahagian biar plain. Satu bahagian lagi bahagi 2. Satu campur 1 sdk strawberry paste & pewarna pink dan satu lagi  campur 1sdb coklat emulco dan 1sdb serbuk koko. Tuang dalam loyang 9" selang seli.
2. Bakar 180 darjah celcius selama 45 minit ke 1 jam. 

14 April, 2012
Assalamualaikum.....
Anakku panas baran. Ikuti teknik menangani MARAH menurut pengamal islam:
# Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.
# Jaga pemakanan. Elakkan daripada mengambil makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya berikan mereka kismis mengikut bilangan ganjil samada 7, 14, 21.
# Jaga pergaulan, jangan biarkan anak-anak berada di luar rumah pada waktu senja sehingga Isyak. Ini kerana waktu ini banyak syaitan berkeliaran.
# Bacakan surah al-Soffat, surah al-Jin dan surah Yassin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut untuk melembutkan hatinya.
Untuk mengetahui dan mendalami ilmu lagi berkenaan subjek ini bacalah majalah Solusi isu no.42. Rujuk (hai anak dari Rashidah Mustaffa).
Assalamualaikum....
Kek Coklat dengan krim strawberri. Resepi dari Chef Amer Hamzah dalam Majalah Saji bulan Mac 2012.

Biskut permaisuri vochelle coklat chip.Siapa yang suka pisang tentu menggemari biskut ini. Saya turunkan resepinya yang diambil dari "vochelle kuali recipe Book 1."

Bahan-bahan
120g mentega
120g majerin
220g gula halus
1 cmb jus lemon
kulit lemon yang telah diparut
120g pisang dilecekkan
300g tepong gandum       )
1/2 cmt serbuk penaik     ) diayak
1/2 cmt soda bikarbonat  )
1/4 cmt garam
90g walnut atau pecans dicincang
120g vochelle semi sweet coklat chips

Cara membuatnya,
1. Putar mentega, majerin dan gula hingga ringan dan kembang. Masuk pisang dan dicampur hingga rata.
2. Masukkan bahan kering dan garam kedalam bahan no. 1 dengan mesin yang perlahan. Gaul rata dan    masuk kacang dan coklat chip.
3. Bentukkan adunan dengan sudu teh. Adunan lembik sedikit dan susun jarak kerana adunan akan mengembang apabila dibakar.  Bakar 190 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.