20 July, 2011
Salam... Baru-baru ini ada tempahan kek lapis blueberry, saya terlupa pulak nak ambil gambar. Alang-alang nak buat kek lapis saya ada buat lebih satu kek ukuran 7x5. Sesiapa yang berminat boleh tel saya. Selalunya saya jual rm35.00, tapi yang ini saya jual rm30.00 aje.

Saya tak pernah letak bahan untuk buat kek tahan lama. Setahu saya kek lapis boleh tahan lama sekiranya disimpan di peti sejuk dengan dibungkus elok-elok ataupun disimpan dalam bekas bertutup. Selalunya boleh disimpan selama 2 bulan.

Saya juga nak buat pesanan buku Solusi dan lain-lain. Sekiranya ada yang nak join bolehlah hubungi saya. Wassalam.

choc chip cookies

06 July, 2011




05 July, 2011
Assalamualaikum. Saya memang berminat membuat kek dari dulu lagi. Mencuba berbagai resepi, ada yang ok tapi ada juga jadi makanan tong sampah. Terima kasih kepada guru saya Pn. Azie dan Pn. Siti Haminah. Tidak lupa juga kepada pemilik2 blog yang memberi resepi percuma. Minta dihalalkan kerana ada diantara resepi itu menjadi punca pendapatan saya.

Mudah2an mendapat sokongan daripada anda semua. Saya juga menjual buku2 berbentuk keagamaan dan motivasi. Mungkin anda semua boleh mulakan dengan membeli buku Solusi. Jadikan ia sebagai pedoman hidup kita yang tidak pernah sempurna, yang selalu lalai dan leka dengan keduniaan.

Ada info solat, tafsir hadis dari ustaz zahazan, kisah nabi, soal cinta, soal jawab agama dan lain2. Semua isu, hukum dan mesej2 yang dikemukakan dapat melengkapkan kehidupan kita sebagai seorang muslim. Kesimpulannya Solusi adalah salah satu alternatif untuk kita kembali kepada ajaran islam berpandukan al-Quran dan sunnah. (petikan dari isu 32).